Friday, February 08, 2008

Jalan-Jalan di Melaka

5 februari 2007, aku, Prof Fauzi (dekan FEP, UKM), man, hafiz dan daus. Kami pergi melawat Rumah Melayu Lama milik keluarga belah ayah Daus. Rumah Lama itu memang sangat klasik.... Bertolak dari UKM pukul 11 pagi dan sampa dalam hampir pukul 1tengahhari. Prof yang pandu.

Bukan rumah lama yang kau nak cerita, tapi suasana sepanjang perjalanan. Hubungan kami dengan Prof menjadi sangat rapat dan aku berasa amat selesa.

Ada cerita kelakar. Dimana kami ingin mencari perigi Portugis. bertanya pada si budak daam lingkungan umur 12 tahun. Budak itu cakap, jalan hujung sekali di sana. Kami pun pergi, ikut jalan tersebut. dan jalan itu mati. xnampak pun perigi. kami pun gelak2.. sebab budak2 degree kena tipu dengan budak 12 tahun. Pastu, si hafiz ni boleh cakap yang kalau budak2 degree kena tipu xpe lagi, ini professor, dekan fakulti. mula-mula aku cuak, tapi bila aku tengok dekan pun tergelak-gelak, so kami pun gelak.... Bongek punya hafiz, ko taknak graduate ker??

Perjalanan kami amat seronok. Yang buat aku terharu, Prof cancelkan meeting dia pukul 4 semata-mata nak berjalan-jalan bersama kami di Melaka.

Daus pulak menunjukkan kehandalan menunjuk arah sehingga kami tersesat... dulu kerana Daus, 5 kereta dari UKm ke Subang kena 9 tol sebab sesat. skang ni, dekan telah admit, daus memang lah asyik sesat walau cakap 110% confident.

Prof certa tentang latarbelakang dia, dari kecil ke upm sehingga amik PhD dan jadi Prof. Aku dan Daus sangat teruja. Macam-macam Prof cerita. Apa yang Prof cerita memang sampai ke dalam hatiku. Memang itu aku inginkan.. tapi aku rasa kekuatan aku tidak cukup. Sejak aku baca Novel HM tuah yang berangkai tu, Tinggal Dulu Isle, Stefa Isle, Original, aku memang dah bercita-cita untuk melakukannya. Tambahan cerita budak fakulti aku, Bumi semasa dia pergi New Zealand, semangat aku meningkat. tapi bila nyatakan hasrat pada keluarga ke man ke, nak mampus? mereka mempunyai banyak alasan utk tidak membiarkan aku pergi. Tapi bila Prof cerita, semangat aku menjadi berkobar-kobar. Aku akan melakukannya!!! Thanks Prof, Aku Lakukannya!!!!!!!!!!!!!!!