Thursday, December 27, 2007

HASLINA 2000 VS HASLINA 2007

Aku menyertai Program Karniawan Anjuran Universiti Malaya. Tugasan aku buka booth di Mid Valley Exhibition Centre. Sepanjang booth memang aku berpakaian korporat sket, sebab takut orang besar2 datang. plus hari pertama hari perasmian.

Memang aku ada gaya korporatlaa.. Mana la tahu masuk politik... dapat jadi dato' ke.. uhuuhuhu...

Dan tiba-tiba, datanglah en Fairul dengan isteri, anak dan kawan sekerja. EN fairul aku kenal semasa perhimpunan kepimpinan semua IPTA di UPM. kami berbual-bual. kawan en fairul senyap jer.. dan aku rasa macam kenal.. tapi aku diam je sebab xnak salah org atau nanti mamat tu perasan aku suka dia.

Dan lepas tuh, mamat tu asyik lalu kat booth aku... AKHIRNYA.. baru aku teringat SIAPA DIA...

Dia FIRST COUPLE aku dulu.... uhuhuhuu... bayangkan, masa aku couple dengan dia aku baru je form 3 dan dia lepasan SPM. aku terlalu muda dan aku tak tahu arah tuju aku. yang aku tau impian dan cita-cita aku besar...

Aku ada reason kenapa aku tinggalkan dia. memang bukan salah dia tapi............ kadang-kadang aku agak kejam sebab xberi penjelasan kepada dia kenapa perlu berpisah dan aku xmemberi dia peluang untuk menjelaskan keadaan. yang aku tahu, aku terlalu muda.

Maafkan aku, Dharull Naim.

Tapi aku pasti dia nampak perubahan aku sangat. CUba bayangkan Haslina pada tahun 2000, ketika bersama dia. masih belajar sekolah menengah, dan pemikiran yang budak2+ tak tahu apa yang difikirkan+ teenagers+ suka berseronok + ntalaaaa.. yg pasti xbest sangat..

tapi tahun 2007 = Haslina seorang yang bekerjaya, ada masa depan, mengorak lebih jauh ke hadapan, level confident yang sangat tinggi dan bla bla bla...

mesti Naim cakap dalam hati " uhuhuhuhu, tak sangka x-gf aku dah jadi orang hebat sekarang"

Monday, December 17, 2007

Cita-cita VS Pengorbanan

Bila kita cakap je tentang cita cita dan impian pasti ada orang akan mengaitkan pengorbanan... bila aku dengar, aku jadi bosan, MUAK!! tapi bila aku dah mengalaminya sendiri, baru aku sedar............... peritnya pengorbanan itu untuk mencapai cita-cita dan impian...

Hidup bukanlah sepatutnya simple.. manusia yang complicated kan...
lagipun, setiap manusia berbeza..

Dr. House cakap, tiada betul ataupun salah di dunia ni sebab manusia xdapat klasifikasikan...
Kita sendiri kurang pasti betul atau salah sesuatu perkara.
Terlalu banyak perception dari sudut agama dan bangsa...

tapi yang penting.... tiada benda yang kita akan dapat dengan cara mudah.. jika mudah pasti mudah terlepas

Monday, December 10, 2007

Wanita BeKERJAYA

Tak sangka, sebenarnya aku benar benar meningkat dewasa. Perubahan yang ketara dari semasa ke semasa. Menjadi seorang usahawan wanita bukannya mudah. Perlu banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit juga.

AKu tubuhkan sebuah koperasi.Koperasi Usahawan Siswazah Perdana Berhad, KOSPER nama singkatannya. Aku salah seorang board of director. Aku adalah Setiausaha kehormat. memegang jawatan ini sangat berat dan besar. lebih -lebih lagi director yang lain terdiri dari usahawan(dato' dan tan sri), proffesor2 dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi. layarilah laman webnya : http://www.kosperberhad.com/

Sekarang pun banyak projek yang aku dapat dan tak terlarat nak buat. aku terpaksa memilih projek yang benar2 memberi keuntungan dan berpotensi besar. projek lain pun bagus juga cuma aku beri kepada orang yang berminat.... aduh.. penatnya! dan banyak sangat kerja. Kdg2 aku letih sangat... networking punya pasal aku terpaksa juga berusaha demi masa depan!!!!

Aku bersyukur sangat-sangat sebab ada Mann dalam hidupku. dia adalah business advisor aku. Memang aku perlukan dia untuk menilai projek yang aku dapat dan kami memang buat sama sama demi kepentingan bersama.

Impian aku besar. Aku nak memberi impak kepada semua orang.. terutama usahawan melayu. aku xdelah mementingkan diri sangat. AKu juga boleh membantu perniagaan kecil dan sederhana untuk memperkembangkan perniagaan, tolong dari segi permohonan loan, management dan pasaran. Aku akan menjadi consultant. boleh je panggil aku sebab ada beberapa company kecil dan sederhana memerlukan pembaharuan....

Apa apa pun boleh contact aku!!!!

Doakan kejayaan aku!!

Saturday, December 08, 2007

Kenapa aku selalu involve company yang bermasalah??

Masa aku praktikal, Mei 2006 - Jun 2007, aku praktikal di Campuscity. Aku dapati politik kerja disini. Company ini dalam keadaan itu, sangat bermasalah. Masalah dari segi kewangan dan management.. Akhirnya ramai pekerja berhenti. dan kemudian.. company ini pun bankrup.. mungkin bos aku dah buka company lain setelah berbelas tahun bisnes ini.

Dan bila aku dah graduate, aku bekerja di kontraktor company, INB. AKu suka kerja disini tapi ada sebab-sebab yang aku berhenti. NAmpaknya company ini benar2 bermasalah. nak dah bankrup. hutang banyak.berjuta! orang hutang company pun berjuta.... susahnya waktu kerja disana... banyak masalah tak dapat settle..

Tapi akhirnya dah berhenti. Ada 3 sebab aku berhenti
1. aku tak tahan kerja kat situ, mungkin lihat dari sudut pride
2. aku nak berniaga... aku nak fokus bisnes. kecil xpe
3. aku tubuhkan koperasi. ini yg penting. masa kerja dengan INB xdapat buat/ fokus ini.

Adakah setiap company yang aku kerja akan bermasalah dan mempunyai masalah kewangan atau kata lain bankrupt?

Aku kah yang terSILAP??

Sebenarnya aku keliru sekarang ni... adakah aku yang bermasalah atau orang disekelilingku?
Aku sebenarnya tak nak orang lain yang buat keputusan ke atas aku... untuk waktu ini aku xperlukan
pendapat mereka. boleh tak berikan aku ruang??

Bukan aku nak berlagak atau meninggi diri.. tapi beri aku nafas! beri aku sokongan bukannya halangan.
AKu boleh terus dengan arahan korang tapi hatiku akan 'mati'. Aku akan hidup susah dan terumbang ambing,
tapi jiwa aku 'hidup'. aku akan sentiasa berusaha!! dan lebih berusaha demi masa hadapan!

Semua orang akan gelakkan aku.. semua orang akan memperlekehkan aku.. sehingga tahap mereka yakin dan
mahu aku jatuh... KENAPA???? Kenapa harapkan begitu? sebab aku tekad? atau aku seperti "orang yang
hanya pandai cakap?"

atau mungkin aku benar benar silap? aku salah perhitungan? aku tersilap membuat keputusan. Aku tahu
banyak perkara perlu aku belajar. banyak perkara perlu aku lakukan.. tapi... inilah pengajaran ku..
belajar buat sendiri... aku juga perlukan job. tapi aku xmahu kerja yang buat aku mati.......

Ya ALLAH, tunjukkan jalan untukku!! Ya ALLAH, buka kan lah hati dan mata mereka! Ya ALLAH, permudahkanlah
jalan ku ini Ya ALLAH!

Thursday, December 06, 2007

~ AKU KELIRU ~

Banyak yang berlaku.... dan ini jalan yang aku pilih...
untuk menjadi seorang Usahawan.. walau ditentang / walau di cabar / walau di halang.. ku tetap teruskan.......................

Aku akan buat sehingga berjaya!!!

Doakan aku~~