Friday, February 08, 2008

Jalan-Jalan di Melaka

5 februari 2007, aku, Prof Fauzi (dekan FEP, UKM), man, hafiz dan daus. Kami pergi melawat Rumah Melayu Lama milik keluarga belah ayah Daus. Rumah Lama itu memang sangat klasik.... Bertolak dari UKM pukul 11 pagi dan sampa dalam hampir pukul 1tengahhari. Prof yang pandu.

Bukan rumah lama yang kau nak cerita, tapi suasana sepanjang perjalanan. Hubungan kami dengan Prof menjadi sangat rapat dan aku berasa amat selesa.

Ada cerita kelakar. Dimana kami ingin mencari perigi Portugis. bertanya pada si budak daam lingkungan umur 12 tahun. Budak itu cakap, jalan hujung sekali di sana. Kami pun pergi, ikut jalan tersebut. dan jalan itu mati. xnampak pun perigi. kami pun gelak2.. sebab budak2 degree kena tipu dengan budak 12 tahun. Pastu, si hafiz ni boleh cakap yang kalau budak2 degree kena tipu xpe lagi, ini professor, dekan fakulti. mula-mula aku cuak, tapi bila aku tengok dekan pun tergelak-gelak, so kami pun gelak.... Bongek punya hafiz, ko taknak graduate ker??

Perjalanan kami amat seronok. Yang buat aku terharu, Prof cancelkan meeting dia pukul 4 semata-mata nak berjalan-jalan bersama kami di Melaka.

Daus pulak menunjukkan kehandalan menunjuk arah sehingga kami tersesat... dulu kerana Daus, 5 kereta dari UKm ke Subang kena 9 tol sebab sesat. skang ni, dekan telah admit, daus memang lah asyik sesat walau cakap 110% confident.

Prof certa tentang latarbelakang dia, dari kecil ke upm sehingga amik PhD dan jadi Prof. Aku dan Daus sangat teruja. Macam-macam Prof cerita. Apa yang Prof cerita memang sampai ke dalam hatiku. Memang itu aku inginkan.. tapi aku rasa kekuatan aku tidak cukup. Sejak aku baca Novel HM tuah yang berangkai tu, Tinggal Dulu Isle, Stefa Isle, Original, aku memang dah bercita-cita untuk melakukannya. Tambahan cerita budak fakulti aku, Bumi semasa dia pergi New Zealand, semangat aku meningkat. tapi bila nyatakan hasrat pada keluarga ke man ke, nak mampus? mereka mempunyai banyak alasan utk tidak membiarkan aku pergi. Tapi bila Prof cerita, semangat aku menjadi berkobar-kobar. Aku akan melakukannya!!! Thanks Prof, Aku Lakukannya!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, January 28, 2008

~Banyak Cerita~

Dah seminggu lebih tak tulis blog. Rasanya memang banyak aku nak ceritakan disini...

Yang pertama sekali ialah hari rabu minggu lepas. Ya ALLAH!! marahnya aku dan betapa mood aku terjejas pada hari tersebut. Kerana perkara kecil, 1 drama telah di aksikan oleh aku dan si X...

Simple je, nak makan cendol dan laksa di tepi jalan. dekat dengan warta bangi. Aku pun order 2 cendol. Aku ni cerewet sikit tentang makanan terutama laksa. aku mesti rasa dulu. aku cakap dengan makcik tuh " boleh tak saya rasa se'camca', baru saya order laksa" aku sangat ingat aku cakap camca sebab aku takpernah sebut sudu tu camca. then makcik tu ckp mane boleh rasa-rasa ( cara dia cakap memanglah aku tak suka ). lepas tu aku cakap, "xpelah makcik, kalau macam tu, saya nak order 1 laksa".

selepas tu dia datang bawa 2 mangkuk cendol, dan 1 mangkuk laksa (xpenuh mangkuk). makcik tuh cakap "rasalah laksa ni tapi tak tahulah dia(ditujukan bos@ perempuan yang terima bayaran) nak charge berapa.

Aku tersangatlah bengang. sebab cara makcik memang lah kurang ajar pada customer. bukan aku xde duit nak bayar... tengah hot dan bengang nih... pastuh si X ni, dengan muka yang sangat meluat, boleh cakap dengan aku " kau sepatutnya kena belajar communication skill, sepatutnya cakap nak rasa 1 camca laksa", dahlah bengang dengan makcik tadi, si X ni pun buat aku marah. then gaduh lah kami pertikaikan aku ada sebut camca atau tidak, akhirnya dia cakap " dah, malas aku nak gaduh!"

Ya ALLAH, bencinya aku kat mamat nih sampai aku menangis. aku menangis bukan sebab gaduh ke, laksa ke, tapi aku betul2 menangis sebab perasaan benci aku tu sukar untuk di tafsirkan. perasaan benci yang membencikan dan benci yang membuat aku rasa macam nak bunuh diri dan terjun bangunan. perasaan ni selalu muncul kalau aku gaduh dengan abang aku. (refer pada blog yang lama2 sebab aku pernah describe perasaan ini)

aku makan laksa sampai meleleh air mata. aku makan laju-laju. then si X ni( sebenarnya mamat ni dari aku kuar dengan dia, dia buat muka malas) tanya " kenapa nak makan laju2?".. aku pun jawablah " nak balik cepat"
Si X ni plak dengan bijaknya membuang semua baki cendol yang dia makan tadi ke tanah. "puas hati?" kata si X.

Aku yang dahlah panas, bengang dan benci ni, terus bangun. malas aku nak makan lagi. si X ni pun cakap "makanlah habis dulu" <- tiba2 muka dia tunjuk rasa salah.
tapi aku betul dah xde mood. selera mati. aku terus bayar dekat makcik(orang yg terima bayaran).aku hulurkan rm10. aku sound ar,(tapi bukan menengking cuma perli) " saya nak rasa 1 sudu laksa je, bukan nak order laksa tapi tak mahu bayar." makcik tu diam je. mungkin rasa sedikit tak faham apa yang berlaku dan kurang puashati. dapat balance aku terus blah dan kami (aku dan si X) terus ke PRT untuk sambung kerja-kerja kami di sana.

Pengajaran :
1. aku tak mungkin akan makan kat situ lagi. tapi bila fikir balik, bukan salah kedai tuh sangat, cuma makcik yg amik order aku tuh kurang ajar sangat. mungkin bagi aku dia kurang ajar, tapi mungkin itu adalah perangai dia dan tak sedar yang kata-kata dan perbuatan dia menyinggung perasaan pelanggan lain. kadang2 aku rasa, bukan niat makcik tuh nak kurang ajar. pe'el nya macamtuh. So, aku maafkan makcik ni...... halalkan ape yang kurang dan lebih.

2. perasaan benci yang timbul membuatkan aku membenci si X kerana telah menimbulkan perasaan benci itu kembali. ini bermakna, perasaan benci itu memilih si X. walaupun selepas naik kereta dan ke PRT bersama-sama, kami berbaik seperti sedia kala, tapi aku kena berhati-hati.. pada masa akan datang, bila-bila masa sahaja perasaan benci ini akan timbul menyerang perasaan aku bila bersama si X.

Nota:
Perasaan benci ini adalah satu perasaan yang berbeza dimana apabila perasaan benci ini timbul, ia tidak melegakan hati apabila meluahkan perasaan benci terhadap seseorang. Sebenarnya, perasaan benci ni membuatkan aku membenci diri sendiri. aku membenci kepada sesiapa yang membuat aku membenci pada diri sendiri. selama ni, kalau aku xsuka seseorang, aku guna perkataan " tak suka" bukan benci. "tak suka" maksudnya hanya kepada oang tuh dan tak memberi kesan kepada aku.

Aku seorang yang yakin pada diri sendiri dan sangat menyayangi diri sendiri. Jadi, jangan buat sesuatu yang menyebabkan perasaanku bertukar menjadi benci diri sendiri walaupun detiknya hanya 5saat.

Friday, January 18, 2008

Insaf dengan Anugerah Allah

Bekerja banyak benda...
Alhamdulillah, rezeki terbentang luas di muka bumi Allah....
Alhamdulillah, aku masih survive di dunia yang penuh cerita...

Aku tertekan, stres dan penat. Tapi, kini aku mula sedar.. bukan duit banyak bawa kebahgiaan. yang buat kita cemerlang adalah ilmu dan harta yang seadanya..

AKu insaf untuk pengajaran kali ini...

Sebenarnya, tak perlu kita mengejar wang ringgit sebab wang ringgit yang mengejar kita. Wang ringgit yang menjadi hamba kita...

Alhamdulillah... Aku sedar! Walau kadang2 aku rasa susah, tapi rezeki itu muncul.. betapa besar anugerah Mu, Ya ALLAH!

Sunday, January 06, 2008

Kenduri

Hari ni rumah aku ada buat kenduri untuk anak buah aku yang baru hampir 2 bulan umurnya. memang sangat letih.. kdg2 aku heran kenapa la selalu buat kenduri.. (jahatnya aku fikir mcmni) tapi mak aku suka sebab jumpa ramai orang dan seronok buat kerja ramai2. urm....
Tapi yang aku tak faham, masa waktu marhaban mendodoi/ mendoakan bayi mak aku tibe tibe menangis(sebakla). adoi!!!! mak aku ni sensitif sket (bukan sikit tapi banyak). orang lain tak menangis pun.......

selepas kepenatan berkenduri, aku masih sedar yg report SMIDEC tak siap lagi.. uhuhuhu.. dah lah dr Tih nak esok!!! mati aku!!! so aku nk siapkan sekarang.. tapi masalahnya, aku xfaham nak buat report apa dan information pun xlengkap. isk isk isk..

Friday, January 04, 2008

RA dan AZAM

baru beberapa hari aku menjadi RA... seronok memang ada tetapi........
entahlah... rasanya macam ada kekurangan.. maksud aku dari segi aku sendiri. Aku tak pasti kebolehan aku sebagai RA.................. mungkin aku masih berserabut????

Aku memang perlu menyelesaikan semua ini!!!!!!!!!!!!

tadi, adik aku bagitahu pada ayah aku pasal azam. dan baru aku teringat, selalunya aku selalu buat azam setiap tahun tetapi tidak tahun 2007 dan 2008 sebab pada tahun 2006 aku berazam tidak akan membuat azam lagi. uhuhuhuhuhuhu!!!!!!

Azam memang penting tapi kalu xbuat takde faedahnye kan? kan? kan?

Thursday, January 03, 2008

Selamat TAhun Baru

Akhirnya Tahun 2008 datang juga dan masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada diri sendiri. uhuhuhu.. Semoga tahun 2008 menjadi saksi permulaan kerjaya aku... Amin!

Dan kini aku menjadi RA di fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM. TUgas aku dalam bidang keusahawanan fakulti. Task yang aku pegang sekarang adalah SMIDEC Program... Tapi kerjaya aku sebagai setiausaha KOSPER diteruskan tanpa halangan. Banyak benda perlu dilakukan dan banyak kerja perlu di settlekan.. kadang-kadang tak terkejar pun.

TAhun 2008 aku bercadang nak sambung belajar. lagipun tak rugi pun sebab aku bernaung di payung ilmu. malah ia menjadi 1 bonus bagi aku sebenarnya dan aku anggap ia sebagai rezeki. Alhamdulillah.... beberapa bulan kebelakangan ini aku terasa terlalu susah, namun ALLAH tetap memberi jalan kepadaku. Rezeki tetap ada. Alhamdulillah....