Sunday, July 30, 2006

i am my angel~ angel for myself

Dah lama aku tak tulis di blog. kat kolej bukannya ada
internet untuk aku update blog setiap hari... malamni,sebenarnya
aku penuh dengan perasaan...

Rumah aku penuh. saudara mara aku datang. nenek aku pun ada.
Tapi aku kasihan dengan nenek aku... takpelaa.. bukan
masalah aku pun tapi setiap perbuatan pasti ada balasan
lebih lebih lagi kepada orang tua. Syurga di tapak kaki ibu.
Kenapa perlu bongkak? Nak jadi Si Tenggang Millennium????

Aku rindu sangat pada bestfriend aku. Penelope.. Apa yang
telah kau buat sekarang? Mungkin kau baru bangun tidur?? atau ada kelas??
atau kau tolong jaga CC? Teringat detik kita bersama...
di tasik. kita bersama mencipta angan-angan dan impian.
Kita selalu gi Mines kan? kau ingat tak penelope? Kita pernah
pergi KLCC then kita pergi Petrosains. Sebenarnya, banyak yang
kita ingin lakukan tetapi kita masih belajar.. Tak sangka sudah
hampir 7 tahun ia berlalu. Penelope, aku sangat rindukan kau.
Aku tau keadaan takkan jadi semula seperti dulu dan kita
berubah kerana masa, budaya, agama dan geografi.Aku berjanji,
aku akan tunaikan janji aku untuk melawat kau. Ingat, kita
bestfriend forever......

Rindu pada Mann. Apalah dia buat sekarang... Nak call dia tapi takut dia tak angkat.
Nak bagi sms, tanya dia, dia buat apa. tapi dia mungkin tak balas.. aku pula
sakit hati yang tertunggu-tunggu. Mungkin dia sedang bergembira di hujung minggu
atau sedang bertarung atau menyelesaikan masalah dia sendiri. Aku sendiri pun tak tahu.
Aku memang sayang Mann, sayang sangat. tapi aku tau, dia bukan milik aku.
Dia ada kehidupan dia sendiri, impian dan kegembiraan sendiri dan
dia juga ada kesedihan sendiri..... berbeza dengan aku.. Sebenarnya aku
percaya pada hukum alam. kita tidak sempurna dan bukan setiap masa kita gembira.
Aku rasa, aku bukanlah perempuan yang layak bersama dengan lelaki yang menyayangi
aku setulus hati... cukuplah ia memenuhi tanggungjawab.....

siang tadi aku pegi Jusco, nak beli baju. hurm, hati aku memang
sakit... sakit sangat.. tiada saiz baju untuk aku pun... Aku mencari
seluar tapi tiada yang muat dengan aku. Memang aku gemuk. terlalu gemuk.
Aku mungkin boleh obesiti kalau berterusan begini. what to do???
Aku tau, aku sangat gemuk, dan aku bukanlah perempuan yang cantik.
mana mungkin ada orang sukakan aku... tambah lagi dengan perangai aku..
siapalah tahan??? mungkin dia malu jika duduk bersebelahan aku... hurm~~~~
kasihannya aku.... aku memang kasihan pada diri aku sendiri.....
i must do something....

Aku memang berlagak dan sentiasa meninggikan diri... jika lemah,
manusia akan mengambil kesempatan ke atas aku. memperolok aku... aku
benci diskriminasi!!!! aku benci kalau orang memandang rendah terhadapku...
aku suka jadi popular. Aku suka kesempurnaan. aku ingin jadi seorang puteri..
Aku ingin di sayangi semua orang,aku ingin jadi baik baik hati seperti Cinderella
dan ingin cantik seperti Snow white... tapi..mungkinkah terjadi???

Ya Allah, aku bermohon kepadaMU, permudahkanlah jalanku ini... Amin!

Wednesday, July 19, 2006

Langit Cerah tetapi Berombak

Hidup aku belum tahap stabil.mungkin end of this week aku kembali okey. AKu marah dengan pentadbiran fakulti aku nih...... menyusahkan!!!!!

Kelmarin, tsunami melanda di Indonesia lagi. AKu tumpang sedih juga. tsunami melanda adalah satu tanda kepada umat manusia,iaitu hidup ada pengakhirannya. tidak kira apa jenis perkara yang berlaku. manusia tetap mati... alam tetap musnah.. itu janjiNYA.

Konflik dunia bergegar tapi kita rakyat malaysia amat bertuah!!!

Siti nurhaliza akan melangsungkan perkahwinan dengan Datuk K. hurm~~~ aku tiada hak untuk bersuara tapi kita sebagai perempuan, jadikan ia sebagai satu pengajaran dan mesti beringat selalu.

~~~~~~

Aku takde mood nak menulis. Aku inginkan perubahan dalam penulisan blog ku ini

Tuesday, July 18, 2006

Menangis kerana tertekan

Aku memang tertekan dengan situasi aku sekarang ni, semuanya jadi BODOH dan BANGANG. BENCI gila sampai tertekan kerana pengurusan timbalan dekan FEP UKM ni...
Memang aku tertekan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sampai rasa nak menangis.

Monday, July 10, 2006

Tertekannya aku

Tertekannya aku rasa hari ini. Macam nk menangis. Aku benci keadaan ini.
Ia memaksa aku untuk terjun di bangunan. Hari Isnin ialah hari yang paling busy.
Sebab kelas aku dari pukul 8pagi hingga 7 malam. aduh, letihnya!!! Nonstop.
Ada 4kelas. tak dapat aku nak bayangkan.

Aku rasa macam dah hilang semangat. Punah. Aku mempunyai masalah untuk mendaftar
2 kursus sedangkan 2 kursus itu wajib aku ambil. Jika tidak aku terpaksa extend. HUH!!!
Aku tak mahu! Aku tak mahu extend!!!! Aku mendengar lagu Celine Deon, i'll surrender.
Begitulah kenyataan aku ketika ini.

Aku tak mahu apa-apa. Aku nak habiskan belajar di UKM ni dengan tempoh di dalam jadual.
Aku mahu buat apa-apa yang asalkan aku boleh menyelesaikan masalah ini.

Ya Allah, permudahkanlah jalan aku ni...

Thursday, July 06, 2006

berterusan lagi hidupku

Dah lama aku diamkan diri dengan blog ni.
Ahad ni aku akan mula mendaftar di kolej. Aku sgt gembira.
Kehidupan aku mula sempurna. Aku suka hidup aku.
Dan aku harap ia akan kekal. Aku menjalani kehidupan
yang sihat. Minum susu nutrition untuk badan.
Dengan harapan body aku jadi lawa. Aku akui, badan aku
naik mendadak.

Aku ada mak+ayah+adik+kwn2 yg memahami dan mann yang
byk perihal. Aku ada cita-cita aku sendiri, impian sendiri,
dan jalan yang terbentang di hadapan aku. Ya ALLAH,
kau mudahkan jalan ku ini.

Sempena world cup ni, adik aku uddin, jadi gila dengan bola.
Ade ke patut nak beli sabun febreze semata-mata nak dapat bola ronaldinho???
macam budak kecil. dia dah 12 tahun tapi merengek macam seputet. hehehhe

Linda plak, kejenya asyik menghabiskan beras di rumah aje!!
buat bodoh kat rumah. bukannya nk tolong mak aku. tolond sikit2 aje.
hehehe... pemalas betul macam aku. hhhahahhah. tapi takpe, die cute cam aku gakz..

Yati dah seminggu lebih masuk kolej lagenda amik national high diploma dalam bisnes.
Kononnya dia dapat masuk KUTKM, diploma kejuruteraan elektronik.
tapi xkan adik aku nak keluar dari kolej tersebut. Bapa aku dah keluarkan
RM16ribu semasa pendaftaran. nak masuk kolej itu siap kena interview.
bukan interview untuk kecerdikan tetapi interview tanya bapak aku mampu byr x yuran.
Sebenarnya aku tak berapa sokong masuk kolej ini sebab ada byk masalah prktikl.
Lagipun xpasti dapat pinjamn atau x. masa mula2 nak masuk,ade bhgn marketing ckp
dapat pinjaman la, boleh pilih course laaa, alih2, bapa aku kena keluar duit byk
dan siap kena interview untuk tahu bapa aku boleh bayar tak. Aku jadi marah tibe2.
Kami bukannya golongan berada. Yati pun satu, tak boleh nk berfikir. Tapi, aku
harap, Yati belajar rajin2. ayah banyak berkorban demi keluarga.

abg aku plak, erm.. lantakla... kang gaduh plak. hehehhe

Abu? hurm.. macam dulu~~~ biase2 aje...

Mak? Ya ALLAH!!! kuat merajuk... cukup2lah yer.... paling senang nak pujuk emak
hanyalah beri information panas pasal mawi. mulalh senyum.

Cerita pula pasal MAwi, aku nak ucapkan takziah kepadanya sebab kematian bapanya.
dan pada hari yg sama putus tunang.terlalu byk kompilasi dan aku ikuti. Aku
pun berharap Mawi kekal dengan tunangnya tapi apakan daya, tiada jodoh. Orang
kata dugaan semasa bertunang sangat besar. kdg2 aku lega juga. Manalah tahu
jodoh aku dengan Mawi. Tapi,susah hubungan dengan artis ni. isk isk isk.
I love u MAwi.. aku akan sokong Mawi sampai bila2.

Alamak aku lagi beberapa hari kena hantar report. tapi rangka pun tak buat lagi.
isk isk isk... pemalasnya aku ni. Bahan pun belum cari. hehehhehe... nantilah, esok2
aku buat.

Okey rrr.. aku nk g chatting.. tata