Friday, June 30, 2006

~hari terakhir praktikal~

Hari ini hari terakhir aku praktikal. Seronoknya~~ yang aku tahu, markah praktikal aku tinggi. tapi aku tak dapat elaun. sedihnya~~ kak anisah dah cakap dengan boss tapi tiada apa feedback dari boss. kak anisah juga suruh stay lagi seminggu tapi boss buat derk jer..... mungkin boss tak nak tambah hutang dengan bayar gaji aku..

Sebenarnya company aku ni hampir nak bankrup. KONONNYA LAAHH!!!!!!!! terlalu banyak masalah. satu persatu pekerja disini dah berhenti kerana tak tahan tekanan.

Sebenarnya, aku macam berat hati nak tinggalkan kerja aku ni, sebab tiada orang yang takeover. Kak Nab pun dah berhenti. isk~~siapa nak handle kerja ni? aku sebenarnya nak boss upah aku lagi seminggu sebab minggu depan ada budak masuk. kan senang macamtuh, boleh aku ajar apa perlu buat. takdelah sia sia kerja aku selama ni.

Banyak aku belajar d sini. dari buta IT, aku kira cerdik IT. e-marketing beb!!! patutlah bos aku bertambah KAYA! hahahha...

Keadaan semakin tegang di sini. Kak Nab sibuk bagi email pada sasaran untuk business internet walaupun hari ni last day dia kerja. Kak Anisah dah dapat kerja di kampung dia. dia beri notis sebulan nak berhenti. Tapi kerja kak Anisah banyak gila. tak tahula sape nak cover kerja dia lepas nih. Kak Ruby pun dah tension gila.

eh, lagu ni. Misha Omar. lagu favourite Mann (x ingat lagu apa tapi ada ayat sentuhanmu yang pertama~~) hahaha.. tu lagu mann dengan gf lama dia. heheh.... macam sedih pula lagu ni.

isk... aku sambung lainkali ek blog nih. aku nak makan cendol dan makan kuaci.

Thursday, June 29, 2006

HUH lagi~~

Semalam aku keluar dengan mann,

Bila aku balik rumah, semua mood baik.... mood ayah dan emak sangat baik.

Tapi~~ ada insiden yang berlaku malam tadi. Perkara kecil telah diperbesarkan dan akhirnya aku bergaduh dengan abang sulung aku. Memang betul buat hati aku panas. Dia panas baran, aku pula mulut laser,So, tahu jer laa apa yang terjadi. Mak aku cakap " Dah tak aman rumah ni" ala, normallah.... dulu pun tak aman juga sehingga aku masuk asrama. Abang sulung aku takkan keluar rumah, so, biar aku yang keluar... Nanti kalau dia dah kahwin, mesti keluar juga rumah...lagi 7bulan jer dia nak kahwin.

Abg aku no 2 pula bagi syarahan percuma kat aku selepas tuh. Memang aku tak mau dengar. Dia akan cakap benda yang sama dan berulang-ulang. mungkin dulu aku macamtuh, tapi aku banyak berubah cuma dia tak nampak perubahan tuh. kalau aku tak berubah, pasti abang sulung aku dah mati sebab aku bunuh dia atau aku yang mati sebab di bunuh abang aku.

Memang mood aku tak baik! Asyik aku aje dipersalahkan??? Mengapa aku?? Aku BENCI orang yang buat aku benci pada diri sendiri.

AKu pula bertekad, lepas dapat kerja, aku tak nak tinggal kat rumah lagi. Menyusahkan mak bapa aku jer~~~ Lagipun aku nak ada life sendiri. Memang aku degil. laser. penting diri sendiri. berlagak. Tapi aku peduli hape?? Aku masih nak teruskan niat untuk lari dari rumah... aku kena hold on~ setahun lagi~~~

Wednesday, June 28, 2006

~HUH~

Malam tadi aku gaduh dengan mak aku. tiba2 emak aku emo~~~ then dia halau aku keluar dari bilik dia. Aku apa lagi keluar jer laa.. dah kena marah~~~ perkara yang kecil di perbesar2kan... memang buat mood aku tak baik!!!

Akhirnya, malam tadi aku menangis dan menangis.. aku sebenarnya, macam agak kecewa dan putus asa, kurang bersemangat tapi nak buat macammana...

Ifa pun tak mahu berbaik dengan aku kecuali aku putus dengan mann atau aku dapat bf lain. Gila betul syaratnya... So aku bertekad, aku tetap anggap dia kawanku walau dia membenci aku sehingga aku tawar hati...

AKu message budak tuh, dia buat derk jer~~ sms salah, tak sms pun salah~~~

Apa yang aku buat, SIA-SIA BELAKA~~ SEDIHnya......
Aku berusaha untuk mendapatkannya tapi ~~ Aku tak dapat apa yang aku nak....
Aku LETIH!!! LETIH!!! LETIH!!!

oH TUHAN, terangkan hati dalam sanubariku, untuk meneruskan segala, hidup penuh cabaran ini, oh TUHAN ku berserah segalanya kepadaMU

Monday, June 26, 2006

~Ku Bahagia~

Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang, seolah olah bunga-bunga ceria sedang mekar di dalam hati. tiada kesedihan lalu, tiada tangisan dan kepiluan, yang ada hanyalah pelangi indah di petang hari.

Honestly, aku gembira dengan mann, (amboi2 sejak dah keluar dengan dia tempoh hari setelah hampir 2 bulan tidak jumpa) Aku tidak pernah jemu jumpa dan keluar bersamanya setiap hari. Aku tidak pernah rasa bosan walau sesaat bila berada di sebelahnya...... tapi, dia selalu kutuk aku juga!!! isk3~~ ntahlaa.... apa yang aku nak cakapkan, aku tak amik pusing apa dia cakap..

Adik aku lepasan SPM ( Yati) dah masuk kolej lagenda di Mantin N9. adik aku lepasan stpm ( Linda) masih tunggu proses masuk rayuan upu. kalau tidak mesti linda masuk kolej swasta. erm, nampaknya adik beradik aku ramailaa masuk kolej swasta. Abg aku yang pertama (zaki) masuk olympia college di bawah stamford college (yuran dia YA ALLAH mahal gila. abg aku pula takbuat pinjaman, Dia belum habis lagi, tunggu nak grade degree tahun depan kot tapi dah bekerja). Abg aku no 2 (Abu) masuk politeknik kota bharu dan dah kerja dengan bapa aku. erm~~ aku tak tahula nasib aku macammane nanti..

AKu bersyukur kerana jalan di depanku terbentang di depan mata, cuma aku yang perlu berusaha dengan lebih gigih menempuhinya. Aku bersyukur kerana walaupun aku miskin, tiada harta, dan 'kosong' namun aku tiada hutang yang membebankan aku. Ini bermakna aku bebas.

Hari jumaat ini, hari terakhir aku praktikal. wah~~ seronoknya!! Lepasni, aku boleh bangun lewat. Memang aku penat gila. keje siang malam, everyday, tapi... tiada apa ku dapat hanya PENAT. tapi bapa aku suh aku berhenti kerja di Q art. ala~~ ia akan membawa problem kepada aku nanti. Sebenarnya aku tak pasti nak berhenti atau tidak... tapi, kalau aku berhenti aku takut tak mampu nak sara yuran music. tapi sebenarnya kalau aku jimat dan minta sedikit duit ayah, tapi aku segan sebab dah minta banyak duit. lagipun adik-adik aku lebih memerlukan duit ayah memandangkan mereka dah masuk kolej. Jadi, aku kena control nafsu, OK??

Walau apa pun yang berlaku, aku tetap teruskan kelas music aku. itu yang aku nak. aku bertekad, so terpaksa aku kena slowtalk cakap dengan ayah nak kerja. lagipun kerja hari ahad je, bukannya setiap hari. tapi ayah aku tak bagi... isk runsing aku. tapi aku dah cakap dengan boss nak berhenti kerja. bagus juga tak kerja sebab aku takde life hari ahad. gaji pula sikit.ok. nantilaahh.. tengok situasi nanti. baru confirm nak terus kerja atau tidak. hm~~ susah susah sangat minta je ayah atau emak duit bayar kelas music. yang pasti aku tak boleh quit!! hahhaha. kan senang!!! isk, anak durhaka betul. ala, bapak aku kan suruh berhenti kerja!!!

takpe2, nanti aku study rajin2 dan kerja kuat. nanti aku mesti bayar balik budi mak dan bapa aku ek... lagi setahun jer kena tanggung aku. okey???? i love you most!!

Tuesday, June 20, 2006

aku~koma~

Hari ni aku tak sihat. aku dah rasa lain macam dari malam tadi. badan aku menggigil kesejukan di dalam manakala luaran panas.dan tekakku sangat perit. Aku batuk2 kering. Aku juga dah terasa darah kat tekakku. kepalaku berpinar. Aku ingat aku tak nak kerja hari ini. lagipun hujan lebat subuh tadi sehingga lewat pagi. Tapi aku gagahkan diri juga bekerja hari ni. Nak pergi klinik ambil MC melibatkan kos pula. Aku ni dahlah bekerja tanpa gaji...

Esok pensyarah aku nak datang melawat aku. erm~ tak tahulah macammana nanti.

Tempat aku kerja ni, semua orang nak berhenti kerja sebab bos aku. Aku dengar banyak masalah kat sini. Kak Nab dan Yus memang dah banyak kali interview cari kerja lain. Kak Nab confirm berhenti hujung bulan ni. Kak Anisah dan Kak Ruby pun marah juga. NAk berhenti kerja sebab bos bayar half gaji. Mengamukla mereka. Gaji dah la seciput. Bos cakap Kak Anisah dan kami tak buat kerja. Hal ni memang aku marah. Aku buat banyak bersama mereka. Nak buat macammana?? Memang agak tension tapi aku kena bertahan. Aku disini lagi 1 minggu lebih.

Keadaan menjadi sunyi sepi di office. kalau ikut badan, aku memang tak larat. Aku tak lunch hari ni sebab takde sape pergi lunch. Selalunya aku akan lunch dengan Kak Nab tapi dia cuti hari ni pula.

Hari ni sementara aku extract email dari MSC company, aku cuba buat skit2 edit friendster page. adalah berjaya sedikit. Dapatlah ilmu sikit untuk buat webpad ni.

Aku juga cari macammana nak buat rayuan untuk adik aku dan aku juga cari mana kolej universiti swasta yang dia boleh masuk. kesian dia, result dia bukanlah teruk sangat tapi tiada rezeki mungkin. Seboleh mungkin aku nak menolong dia. dia tu hanya muda setahun je dari aku dan dia selalu tidak sihat. cuti ni dia duduk kampung, tapi semalam bapa aku telefon adik aku balik rumah segera. Semoga adik aku success!!

Monday, June 19, 2006

Gathering budak pedeG


17 JUn 2006 Aku ada buat gathering budak sekolah aku. Aku buat promosi besar2an. herm.. tengoklaaa... berapa kerat je ader... berapa banyak aku bagi msg, email, siap telefon umah lagi. tapi.. HUH~~~
walau ape pun, xpelaa.. dapat juga jumpa diorang.. kami bercadang nak jumpa lagi pada tahun 2012. buat reunion 1 batch.

aku nak cerita mengenai seorang perempuan ni~ aku tak tahu kenapa aku selalu bandingkan dia dengan aku. kerana aku agak tahu background dia. Dia datang dari keluarga sempurna. kurus, tinggi, putih dan bolehlah di katakan lawa... Yang paling penting dia bijak. Setiap tahun dapat anugerah cemerlang. datang dari keluarga bahagia dan selesa. mampu memiliki apa saja. perangai di kategori memuaskan. Apa yang dia kurang???

Aku mendapati aku memang salah. Sering memikirkan kelemahan diri dan ingin memiliki apa saja ( tapi tidak dapat memenuhinya kerana tidak mampu ). Aku terasa, aku adalah hamba Allah yang tidak bersyukur. Astaghfirullah al' azim.

Memang aku miskin ketika ini, tapi ia akan berubah. AKu kena percaya pada diri sendiri. Aku banyak melaburkan duit kerana makan dan seterusnya aku menjadi gemuk. PADAN MUKA AKU!!! Aku kena jimat. Jangan mengikut nafsu.

Aku juga tidak boleh putus asa selepas kegagalan sem yang lalu. aku mesti berusaha kuat untuk sem hadapan. aku kena rajin. Aku mesti maju. Aku tidak boleh berdiam dia sahaja. Aku kena bangkit seterusnya membuat persiapan untuk masa akan datang. Insya-allah!!

Aku berjanji pada diri sendiri~~ Aku mesti berjaya. Berjanji untuk tabah dan cekal meniti titi yang panjang untuk ke seberang~~

Doakan kejayaan ku di dunia mahupun di akhirat!!

Saturday, June 17, 2006

Penantian Yang Berakhir

semalam, memang moodku tak baik. hatiku memang hangat. Aku tengok tv, dengar radio, menulis, menconteng tapi perasaan ini tetap hadir.

Aku menghantar Acik Nurul ambil baju tempahan. Yati dan Seputet pun ikut juga. Selepas itu Acik Nurul cakap nak tengok Jusco yang baru di buka di TAman Equine. Aku tengok jalan jamme so aku ikut jalan lain semasa nak balik. Memang aku selalu jalan kat situ ketika aku dari tempat praktikal ke UKM. tetapi malam itu aku tersesat. Kami dah sampai ke Dengkil. Betapa jauh kami tersasar. hahahah... aku terpaksa patah balik jalan ke putrajaya. Jalan yang gelap dan menyeramkan setiap perjalanan kami. Kemudian kami melalui bandar Putrajaya yang indah dengan Neon.

Bila aku sampai rumah aku rasa tenang. Aku makan, tengok akademi fantasia dan tengok one in a million. Selepas tu aku masuk ke dalam bilik. Nak tidur. esok aku kerja.

Tapi tiba-tiba hatiku gundah semula. Hatiku sakit semula. Sakit sangat~ sampai aku tidak boleh nak buat apa..... Aku menangis macam orang gila. Badanku menggigil2 (ada faktor suhu bilik yang sejuk kerana adik aku ni panas) Aku berselubung dengan comforter tebal. Aku mengantuk sangat tapi aku tak boleh melelapkan mata. Memang hujanlah aku ketika itu...

Dan aku sms mann~~ Akhirnya aku dapat merentasi ',' (koma) dan padam segala '.' (noktah) agar kita dapat bermula yang baru....
I'm so sorry sayang~~~
Now, i realize... how deep I love u~~

By hook or by crook~ I will never let him go~~~ i'll promise!

Friday, June 16, 2006

Adakah ia realiti atau sekadar fantasi???

lately, aku bagai hilang arah. aku rasa apa yang ku alami ini sejak hari isnin yang lalu. Aku berkhayal dengan sesuatu yang aku tidak pasti apa dia. aku sedang hanyut dengan perasaan yang resah dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Kadang-kadang aku tidak pasti, adakah apa yang aku lakukan atau yang berlaku ke atas aku adalah satu mimpi atau kenyataan. Aku tidak dapat membezakan yang mana satu betul dan yang mana satu salah.

Aku tidak dapat dapat pastikan apa yang aku lakukan. everything goes wrong. Apa yang aku lakukan tak seperti apa yang aku fikirkan. otakku berfikir secara tidak rasional.

hatiku tak tenteram. SAKIT~~ perasaanku bercampur baur. Bila aku marah, aku menjerit, bila dalam keramaian aku boleh menangis, bila memandu, pandanganku terus kabur. fikiran ku melayang-layang~

Aku tak ceria seperti selalu. Aku meniti hari yang penuh suram. Penuh dedebu di dalam mahligai kaca impianku. aku tak gembira!!!! Apa yang boleh buat hatiku berbunga semula?? Apa yang boleh aku buat untuk 'menghidupkan' aku semula??

Aku tak tahu apa yang aku fikirkan. yang aku tahu, aku penat macamni. mimpi ngeri menemani setiap malamku. pasti aku akan terjaga tengah malam dan kemudian seram sejuk bagai menanti kehidupan abadi. Apakah ini tanda-tanda pengakhiran hidupku?

kepalaku sentiasa sakit dan berdenyut-denyut. ada bahagian tertentu badanku lebam(aku tak tahu kenapa) Yang aku tau, badan aku lemah. Mengapa ya?

APAKAH MASALAH AKU SEBENARNYA??
APAKAH MASALAH AKU SEBENARNYA??
APAKAH MASALAH AKU SEBENARNYA??

aku pun tak tahu ~ dan masih mencari~~~

Dan aku akan terus mencari jawapan~~

kepada mak ayah aku~
mak, ayah, akak minta maaf sebab benda ini tetap menganggu akak. Maafkan akak kerana masih tak dapat mengawalnya. Terima kasih kerana sedia berusaha mencari penawar untuk akak. Yang pelik ia datang sekali sekala tetapi lama dan memberi kesan yang panjang.

kepada adik beradik aku~
aku minta maaf sebab aku selalu emotional

kepada mann sayang~
welcome to mylife. i'm sorry~~ apa yang ku lakukan tidak seperti apa yang kufikirkan dan apa yang ku inginkan. Dan aku dapat rasakan kau mula mengerti apa yang terjadi pada aku.

kepada kawan2ku yang pernah melihat saat 'kematianku' terutamanya mieja,
i'm sorry. ia masih menghantui aku. maafkan aku kerana menakutkanmu.

kepada kawan2ku yang baru mengenaliku,
usah takut~ ia hanya seketika. aku akan kembali normal.

Salam Semanis Senyumanku,
Haslina Mohd Nor

Debaran yang tidak berhenti~

Akhirnya~ mimpi ngeri yang ku alami hampir melalui kenyataan. Hanya TUHAN yang tahu betapa denyutan nadiku hampir tidak berfungsi. Lesu!! Perasaan aku gundah~ Mengapa?

Aku tidak suka perasaan yang menghantui aku ni. Sakitnya Ya ALLAH!! Hati aku bagai dihiris dengan pisau tumpul. Liat dan pedih~~ kepala aku sakit dan berdenyut-denyut seolah olah ada tumor yang menyerang~~ Mata merah kerana sangat penat dan tertekan~~

Aku benci keadaan ini~ Apabila aku menanti sesuatu yang tak mungkin kunjung tiba. Aku cuba rasional namun ia terus mengangguku~

Ada dua pilihan, 1. abaikan dan positif atau 2. abaikan dan terus melangkah pergi. Mungkin aku terlalu emosional dalam membuat keputusan tapi aku tak terdaya untuk mengabaikan. Apa salah aku untuk mengabaikan seolah-olah ia tiada apa berlaku~

Aku bukan sakit tatkala kebenaran dihadapan mata tetapi aku sakit pabila berlalu tanpa suara~~

Tolong jangan buat aku begini walau sesaat~
Tolong jangan buat aku sengsara walau seketika~

11.29pm 15 jun 2006 - akhirnya meleraikan keredaan~ namun semuanya menjadi bisu sehingga aku terlena~

Thursday, June 15, 2006

aku kembali kerja~

Malam semalam setelah aku melalui malam yang memeritkan, aku terus terjaga.Aku mimpi ngeri mengenai Mann~ *sigh! Mimpi buat aku rasa sakit kepala sangat dan jantungku berdegup begitu kencang sehingga nak tercabut. Selepas itu badan aku menggigil kesejukan sehingga ke tulang. Rupanya bilik aku sejuk gila dengan suhu 18'celcius. gila. aku terus tarik comforter tebal menyelimuti badanku.

Argh! perut ku berbunyi. Betapa laparnya aku ketika ini. Baru aku teringat aku hanya makan nasi lemak pagi itu. then tak makan apa-apa. Aku rasa perutku masuk angin. Aku lihat jam di skrin hp. 4.00am. tiba2 perut ku sakit. akhirnya kerja aku ke toilet sehingga 7am.

Tengahhari semalam, aku g klinik. akhirnya doktor Lee (dr paling handsome pernah aku tgk) sahkan aku keracunan makanan dan terpaksa kena injection. Aku jadi takut dan taknak injection. doktor Lee cakap, kalau masih tak baik aku kena datang balik klinik.

akhirnya aku mc, tak datang kerja.

Hari ini aku datang kerja waktu tengahari sebab ari selasa aku dah mohon cuti sekerat hari pada hari ini. sebenarnya aku nak dak datang kolej bagi rayuan tukaran bilik. tapi, tak jadi pergi sebab perut aku masih sakit. Aku terpaksa berulang alik ke toilet pagi tadi. memang aku rasa letih, namun tengahari ini aku terpaksa kerja semula. niat di hati nak teruskan cuti memandangkan perut aku sakit. aku tidak boleh makan sikit pasti akan ke toilet.

arh!! susahnya. takpelaa.. kerja jugaklah.. lagi 2minggu lebih jer aku kerja. aku kena bertahan! yeah~

Monday, June 12, 2006

~~kemurungan~~

hari ini, mood aku memang tak baik. aku rasa sedih sangat2. rasa macam nak berkurung dan menangis banyak~ aku tak tahu kenapa aku terlalu emotional~ AKu terpaksa juga melalui hari ini. aku masih praktikal. pagi tadi~ aku lihat result aku. teruk juga~ mungkin kerana itu buat aku nak menangis. namun aku tahan supaya aku tak mengalirkan airmata. nanti gempak plak ofis nih tau aku nangis,

perasaan ini macam syahdu, seolah2 putus cinta. mungkin aku dalam keadaan putus asa sekarang ni... ini bukan bermakna aku akan putus selamanya, aku cuba berfikir, di mana silapku? di manakah kekurangan aku? mengapa aku harus mengalami perasaan ini? hati aku sangat sakit~ pedih~~ aku tak berdaya..

aku ingin berehat, mungkin aku terlalu letih. 1 minggu ni, aku kerja direct everyday siang malam namun tiada apa pulangan yang aku dapat. yang ada hanyalah kekecewaan~

kekecewaan pada diri sendiri adalah kekecewaan yang paling teruk~

aku perlu kuat! aku mesti kuat! aku boleh mengharungi semua ini~ mungkin ini adalah perasaan yang hadir untuk mengajar aku~ mengajar erti kehidupan sebenar~

tapi kenapa perluku gugurkan air mataku? mengapa? hahaha.. aku gila~~~~

Seseorang beriku lagi ini, dari spider - Jangan kau berputus asa.
Aku rasa lagu ini sesuai dengan keadaan aku sekarang. seolah2 melodi ini mengikut irama hati dan lirik lagu bagai menyuarakan hasrat hati. aku dengar lagu ini berulang ulang dan terus berulang.. berulang.... thanks ye Yus, ( ofismate aku masa aku praktikal yang selalu buzzz aku ketika aku busy buat kerja)


Gerbang mu terbuka mencabar ku
Melangkah menurut rasa rindu
Biar pun nanti antara kita
Ada yang mungkin terkorban
Biar pun nanti kita terhukum
Kerana melanggar kebiasaan
Cinta tak pandang
Tak kira siapa
Ia kan mencuba
Selagi mana pencinta
Terdaya menahannya
Dia akan dicuba

Sebelum gugur tercalar jiwa parah
Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa
Jangan kau berputus asa

Nada mu menangis menduga ku
Dekati dirimu yang ku rindu
Biarpun nanti antara kita
Ada yang mungkin menyesal
Biarpun nanti kita terpaksa
Membayar harga yang tak setimpal

Thursday, June 08, 2006

pelancongan~

sudah lama aku tak bersiar2. rindu pada keindahan semula jadi. aku sangat suka pantai~ kalau boleh aku nak bina sebuah rumah di tepi pantai. kali terakhir aku tengok pantai di Port Dickson seminggu selepas tsunami. namun keadaan PD sedih. tercemar. sebenarnya kejadian tsunami sedikit sebanyak memberi kesan kepada ku. aku takut ke pantai lagi sebab tsunami. ala~ masa g PD hari tuh, family aku nak sangat mandi laut. tapi aku berkeras tak nak. So, aku hanya duduk kat pondok bersama laptop siapkan skrip teater aku.

Sejak akhir-akhir ni aku mula merindui pantai walaupun aku agak phobia dengan pantai. mungkin selepas aku banyak membaca tentang laut dan menonton rancangan TV mengenai hidupan akutik di laut serta kedamaian pantai.. argh! aku rindu. aku nak pergi pantai yang cantik di Malaysia sebab selain PD aku jarang ke mana-mana pantai. oh yer, aku pernah ke Mersing, masa rombongan PERMAJ. Fuh! cantik gila pemandangan tuh.

So, nanti sem depan, aku nak cari kerja partime, so aku dapatla pergi ke tempat aku nak pergi~
nak pergi tempat-tempat yang bermakna. that's okey kalau aku pergi sorang2 asalkan aku gembira. yeah!!!

Wednesday, June 07, 2006

aku GEMUK

argh!! ini buat aku sangat tension! aku gemuk! dari dulu sehingga kini.
Macammana aku nak kurus??? aku nak slim macam JLo atau Angelina Jolie.
Tapi impian tetap impian... adakah ia sukar untuk di capai??

Arh! Aku pun tak tahu~ Aku cuba kurang makan, tak makan malam, setiap pagi makan oat, banyak minum air kosong dan senaman. tetapi ia tidak berkesan. adakah perlu aku tak makan? aku pernah buat, dan hasilnya baik sekejap aja.

Sem lepas aku makan terlalu banyak! ini semua salah mann sayang. Nape asyik ajak aku makan? makan malam malam pulak tuh. cuba tak perlu makan.. hahhaha.. aik macam pelik je ayt ini. aku rasa aku yang selalu nak makan sebab lapar. Kenapa aku sangat bernafsu dengan makan??

Sekarangni, bila aku makan aku akan menyesal. menyesal kerana aku sepatutnya tidak perlu makan walaupun aku makan sket jer~ aku sedang control makan. Aku benci dengan bentuk badan aku. erm~ apa kata aku makan jamu?? berkesanke?? isk~ tak pahit ker??? elok ke kesihatan nanti? Argh! tension aku!!!!!!

Aku tengok kawan2 aku senang jer nak kurus. sedih hati aku tengok mereka yang body lawa. tapi ada juga kawan aku yang kurus keremping. itu aku tak nak ar.. aku nak body yang sexy jer~~~~
hahhaha

Tuesday, June 06, 2006

Cinta sebenar

Adakah tapak tangan kita berpeluh,
hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada?
Itu bukan Cinta,itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta,itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta,itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta,itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat?
Itu bukan Cinta,itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta,itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta,itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta,itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi...Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ...
menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian,ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang laintapi setiadengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian,ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanyaCINTA..

Azhar

aku memang bosan giler kat ofis sekarang nih,
so aku dok lah chat memanjang~~ aku chat dengan mamat nih.. Azhar abdul hamid.. budak permaj UKM. dia bekas boyfriend aku yang tak rasmi. hahahha!!! aku tak dapat nak publish gambar dia kat sini sebab dia takut gf dia marah. hahahha~~

hahah~ ape lah si azhar.. aku kenal rapat dia masa waktu permaj UKM. masa tuh OPKIM kulai. buat program anak angkat dengan kampung MAwi. Fuh! World!!
Then aku selalu chatting dengan dia~~~

okeylah, azhar, aku doakan kau bahagia~~

diari seorang lelaki


Bila aku dengar lagu ini~~ mesti aku ingat kat mamat ni~ aku pun tak tahu kenapa~~ lagipun ia tiada kaitan dengan lagu ini~ cuma melodinya dan beberapa patah lagu bagaikan ada yang berkaitan~

aku sangat rindukannnya~ maklumlah, cuti sem, mana boleh jumpa~ dia kat kedah, aku kat serdang. arh! tensionnya~

bayangkan dalam beberapa bulan aku mesti kuar dengan dia sekurang kurangnya 6 jam sehari, tapi kini, hampir sebulan tak jumpa~~
nasiba baik teknologi dah canggih~ kalau tak macam anak ayam mencari cacing~ hahahah~

diari seorang lelaki - pretty ugly

dari semalam ku tunggu
fikir kau pulang ke pangkuanku
ku dengarkan lagu cinta
pilihan terbaik kita

ku mainkan cd berulang
lupakan segala ucapan
perpisahan yang kau pinta

benar dikau ku cinta setiap detikku puja
kau sering perhatiku sambil belai rambutmu
tak ingin aku lupa kenangan yang tercipta
berikan aku diari ku tulis setiap hari

terjaga dari tidurku terima panggilan dari jauh
katakan saja kau rindu
setahun ku hilang arah
ku tempahkan tiket sahala
malam ini kitakan bertemu
tunggu dibawah lampu

bercinta berkasih bagai adam dan hawa
bergaduh selisih buat kita sempurna
janganlah dipendam luahkan perasaan
tiada benci dihati itula destinasi

Doakan kebahagian kami~

What if I never knew
What if I never found you
I'd never have this feeling in my heart
How did this come to be
I don't know how you found me
But from the moment I saw you
Deep inside my heart I knew
Baby you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be my destiny
I wanted someone like you
Someone that I could hold on to
And give my love until the end of time
But forever was just a word
Something I'd only heard about
But now you're always there for me
When you say forever I believe
Maybe all we need is just a little faith
'Cause baby I believe that love will find the way
Baby you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as I far as I can see
From now until eternity
You were always meant to be my destiny

Monday, June 05, 2006

~mood tengah emotional~

Seseorang beri aku lagu Daniel Powter - Bad day.
Aku dengar lagu ini berulang-ulang.. aku rasa seperti dalam kemurungan.. aku seperti kehilangan sesuatu dalam hidup aku? aku terasa seperti ada yang kurang~~

Untuk beberapa hari ini, aku memang busy~ terlalu busy sehingga aku sangat letih, demam dan mata merah dan pedih. Setiap hari aku kerja namun aku terasa ianya seperti sia-sia. Pulangannya langsung tidak berbaloi~ Namun aku bersyukur kerana setakat itu rezeki aku.

Kadang-kadang aku melayan perasaan aku yang sunyi, kadang-kadang aku rasa bahagia tatkala mendengar lagu Pretty Ugly ~ diari seorang lelaki. Melodinya menarik membuat semangatku yang pudar menjadi teguh. Aku perlu membuat sesuatu di dalam hidupku~

AKu ingin 'lari dari rumah'
Jadi aku perlu kewangan yang mencukupi sebelum aku menghabis pengajian. i'll do any kind of partime job. Yang pasti aku dapat keluar dari kepompong ini. Aku nak bebas buat apa saja~ aku ingin hidup sendiri~ Aku ingin keseorangan tetapi aku tak ingin kesunyian~
so, I NEED MONEY~~~

Aku fikir, aku perlu bercuti namun aku tak pasti ingin bercuti di mana dan bila. Ini kerana aku bukannya ada kewangan yang mencukupi untuk kemana-mana walaupun hanya ke Port Dickson. ( terkilan dan sedih) tapi, takpe...... bukan sekarang rezeki aku~
Aku akan ingat sampai bila2 keadaan ini. Namun aku bersyukur sangat kerana aku tiada hutang...

J.u.j.u.r

Dalam hubungan memang kita perlu jujur~
Jujur menyayanginya, jujur dengan gerak geri tetapi yang penting jujur dengan hati~~

Perlukah kita menipu semata-mata untuk menjaga hti seseorang? kebanyakan kita suka dengar yang tipu kerana ia indah~~

Namun indah hanya sementara.. seperti pelangi, cantik namun sekejap.

Saya sering terfikir, kenapa perlu kita tipu perasaan orang lain?? tidak rasa berdosakan? mengapa suka berpura-pura mengatakan sayang, namun hakikatnya ~~~

Kenapa budaya menipu ini di mana-mana? mengapa harus menipu dan ditipu??

Seperti lagu Radja-jujur ~Jujurlah padaku bila ku sudah kau tak cinta~

namun ada banyak penipuan~ bukan setakat tipu yang melibatkan curang tetapi tipu yang melibatkan maruah dan latar belakang diri??

Malu ke untuk memberitahu perkara sebenar tentang diri sendiri??

Thursday, June 01, 2006

kata ini~

::-SeSuaTu YaNG DiiMPiKaN TaK SeLaLuNYa MeNJaDi KeNYaTaaN, TeTaPi aPa YaNG TaK DiDuGa BeRLaKu DeNGaN TiBa-TiBa. BiaRLaH KiTa MeNaNGiS HaRi iNi KeRaNa KeSaKiTaN SeMaLaM. TeTaPi uSaH KiTa KeTaWa MeMaNJaNG KeRaNa KeGeMBiRaaN YaNG BeLuM PaSTi! -::

aku dalam blues??

aku tak percaya lagi
atas apa yang kau beri
aku terdampar di sini
tersudut menunggu mati
aku tak percaya lagi
akan guna matahariyang sinarnya terangi
sudut gelap hati ini

aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap sampai nanti suatu saat
tak ada cinta kudapat
mengapa ada derita
bila bahagia tercipta
mengapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan

aku pulang...
tanpa dendam
kuterima..
kekalahanku
aku pulang...
tanpa dendam
kusalurkan.. kemenanganmu

kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
kau berikan aku derita

lirik lagu oleh sheila on 7~

kalau hayati lagu ini~
hati siapa yang tidak tersentuh..

jika harapan setinggi puncak gunung, jika tidak tercapai~ janganlah putus asa~
setiap yang berlaku ada hikmahnya~
dan hikmat itu membuat kita lebih percaya kepada kekuasaannya~

h.i.m


i LOVE this picture

~m.e~



herm~~ hari2 yang gembira buat saya... dalam kereta menunggu kawan~~

erm.. siapakah yang tangkap gambar saya?? cuba teka???