Monday, January 28, 2008

~Banyak Cerita~

Dah seminggu lebih tak tulis blog. Rasanya memang banyak aku nak ceritakan disini...

Yang pertama sekali ialah hari rabu minggu lepas. Ya ALLAH!! marahnya aku dan betapa mood aku terjejas pada hari tersebut. Kerana perkara kecil, 1 drama telah di aksikan oleh aku dan si X...

Simple je, nak makan cendol dan laksa di tepi jalan. dekat dengan warta bangi. Aku pun order 2 cendol. Aku ni cerewet sikit tentang makanan terutama laksa. aku mesti rasa dulu. aku cakap dengan makcik tuh " boleh tak saya rasa se'camca', baru saya order laksa" aku sangat ingat aku cakap camca sebab aku takpernah sebut sudu tu camca. then makcik tu ckp mane boleh rasa-rasa ( cara dia cakap memanglah aku tak suka ). lepas tu aku cakap, "xpelah makcik, kalau macam tu, saya nak order 1 laksa".

selepas tu dia datang bawa 2 mangkuk cendol, dan 1 mangkuk laksa (xpenuh mangkuk). makcik tuh cakap "rasalah laksa ni tapi tak tahulah dia(ditujukan bos@ perempuan yang terima bayaran) nak charge berapa.

Aku tersangatlah bengang. sebab cara makcik memang lah kurang ajar pada customer. bukan aku xde duit nak bayar... tengah hot dan bengang nih... pastuh si X ni, dengan muka yang sangat meluat, boleh cakap dengan aku " kau sepatutnya kena belajar communication skill, sepatutnya cakap nak rasa 1 camca laksa", dahlah bengang dengan makcik tadi, si X ni pun buat aku marah. then gaduh lah kami pertikaikan aku ada sebut camca atau tidak, akhirnya dia cakap " dah, malas aku nak gaduh!"

Ya ALLAH, bencinya aku kat mamat nih sampai aku menangis. aku menangis bukan sebab gaduh ke, laksa ke, tapi aku betul2 menangis sebab perasaan benci aku tu sukar untuk di tafsirkan. perasaan benci yang membencikan dan benci yang membuat aku rasa macam nak bunuh diri dan terjun bangunan. perasaan ni selalu muncul kalau aku gaduh dengan abang aku. (refer pada blog yang lama2 sebab aku pernah describe perasaan ini)

aku makan laksa sampai meleleh air mata. aku makan laju-laju. then si X ni( sebenarnya mamat ni dari aku kuar dengan dia, dia buat muka malas) tanya " kenapa nak makan laju2?".. aku pun jawablah " nak balik cepat"
Si X ni plak dengan bijaknya membuang semua baki cendol yang dia makan tadi ke tanah. "puas hati?" kata si X.

Aku yang dahlah panas, bengang dan benci ni, terus bangun. malas aku nak makan lagi. si X ni pun cakap "makanlah habis dulu" <- tiba2 muka dia tunjuk rasa salah.
tapi aku betul dah xde mood. selera mati. aku terus bayar dekat makcik(orang yg terima bayaran).aku hulurkan rm10. aku sound ar,(tapi bukan menengking cuma perli) " saya nak rasa 1 sudu laksa je, bukan nak order laksa tapi tak mahu bayar." makcik tu diam je. mungkin rasa sedikit tak faham apa yang berlaku dan kurang puashati. dapat balance aku terus blah dan kami (aku dan si X) terus ke PRT untuk sambung kerja-kerja kami di sana.

Pengajaran :
1. aku tak mungkin akan makan kat situ lagi. tapi bila fikir balik, bukan salah kedai tuh sangat, cuma makcik yg amik order aku tuh kurang ajar sangat. mungkin bagi aku dia kurang ajar, tapi mungkin itu adalah perangai dia dan tak sedar yang kata-kata dan perbuatan dia menyinggung perasaan pelanggan lain. kadang2 aku rasa, bukan niat makcik tuh nak kurang ajar. pe'el nya macamtuh. So, aku maafkan makcik ni...... halalkan ape yang kurang dan lebih.

2. perasaan benci yang timbul membuatkan aku membenci si X kerana telah menimbulkan perasaan benci itu kembali. ini bermakna, perasaan benci itu memilih si X. walaupun selepas naik kereta dan ke PRT bersama-sama, kami berbaik seperti sedia kala, tapi aku kena berhati-hati.. pada masa akan datang, bila-bila masa sahaja perasaan benci ini akan timbul menyerang perasaan aku bila bersama si X.

Nota:
Perasaan benci ini adalah satu perasaan yang berbeza dimana apabila perasaan benci ini timbul, ia tidak melegakan hati apabila meluahkan perasaan benci terhadap seseorang. Sebenarnya, perasaan benci ni membuatkan aku membenci diri sendiri. aku membenci kepada sesiapa yang membuat aku membenci pada diri sendiri. selama ni, kalau aku xsuka seseorang, aku guna perkataan " tak suka" bukan benci. "tak suka" maksudnya hanya kepada oang tuh dan tak memberi kesan kepada aku.

Aku seorang yang yakin pada diri sendiri dan sangat menyayangi diri sendiri. Jadi, jangan buat sesuatu yang menyebabkan perasaanku bertukar menjadi benci diri sendiri walaupun detiknya hanya 5saat.

No comments: