Thursday, July 06, 2006

berterusan lagi hidupku

Dah lama aku diamkan diri dengan blog ni.
Ahad ni aku akan mula mendaftar di kolej. Aku sgt gembira.
Kehidupan aku mula sempurna. Aku suka hidup aku.
Dan aku harap ia akan kekal. Aku menjalani kehidupan
yang sihat. Minum susu nutrition untuk badan.
Dengan harapan body aku jadi lawa. Aku akui, badan aku
naik mendadak.

Aku ada mak+ayah+adik+kwn2 yg memahami dan mann yang
byk perihal. Aku ada cita-cita aku sendiri, impian sendiri,
dan jalan yang terbentang di hadapan aku. Ya ALLAH,
kau mudahkan jalan ku ini.

Sempena world cup ni, adik aku uddin, jadi gila dengan bola.
Ade ke patut nak beli sabun febreze semata-mata nak dapat bola ronaldinho???
macam budak kecil. dia dah 12 tahun tapi merengek macam seputet. hehehhe

Linda plak, kejenya asyik menghabiskan beras di rumah aje!!
buat bodoh kat rumah. bukannya nk tolong mak aku. tolond sikit2 aje.
hehehe... pemalas betul macam aku. hhhahahhah. tapi takpe, die cute cam aku gakz..

Yati dah seminggu lebih masuk kolej lagenda amik national high diploma dalam bisnes.
Kononnya dia dapat masuk KUTKM, diploma kejuruteraan elektronik.
tapi xkan adik aku nak keluar dari kolej tersebut. Bapa aku dah keluarkan
RM16ribu semasa pendaftaran. nak masuk kolej itu siap kena interview.
bukan interview untuk kecerdikan tetapi interview tanya bapak aku mampu byr x yuran.
Sebenarnya aku tak berapa sokong masuk kolej ini sebab ada byk masalah prktikl.
Lagipun xpasti dapat pinjamn atau x. masa mula2 nak masuk,ade bhgn marketing ckp
dapat pinjaman la, boleh pilih course laaa, alih2, bapa aku kena keluar duit byk
dan siap kena interview untuk tahu bapa aku boleh bayar tak. Aku jadi marah tibe2.
Kami bukannya golongan berada. Yati pun satu, tak boleh nk berfikir. Tapi, aku
harap, Yati belajar rajin2. ayah banyak berkorban demi keluarga.

abg aku plak, erm.. lantakla... kang gaduh plak. hehehhe

Abu? hurm.. macam dulu~~~ biase2 aje...

Mak? Ya ALLAH!!! kuat merajuk... cukup2lah yer.... paling senang nak pujuk emak
hanyalah beri information panas pasal mawi. mulalh senyum.

Cerita pula pasal MAwi, aku nak ucapkan takziah kepadanya sebab kematian bapanya.
dan pada hari yg sama putus tunang.terlalu byk kompilasi dan aku ikuti. Aku
pun berharap Mawi kekal dengan tunangnya tapi apakan daya, tiada jodoh. Orang
kata dugaan semasa bertunang sangat besar. kdg2 aku lega juga. Manalah tahu
jodoh aku dengan Mawi. Tapi,susah hubungan dengan artis ni. isk isk isk.
I love u MAwi.. aku akan sokong Mawi sampai bila2.

Alamak aku lagi beberapa hari kena hantar report. tapi rangka pun tak buat lagi.
isk isk isk... pemalasnya aku ni. Bahan pun belum cari. hehehhehe... nantilah, esok2
aku buat.

Okey rrr.. aku nk g chatting.. tata

No comments: