Sunday, July 30, 2006

i am my angel~ angel for myself

Dah lama aku tak tulis di blog. kat kolej bukannya ada
internet untuk aku update blog setiap hari... malamni,sebenarnya
aku penuh dengan perasaan...

Rumah aku penuh. saudara mara aku datang. nenek aku pun ada.
Tapi aku kasihan dengan nenek aku... takpelaa.. bukan
masalah aku pun tapi setiap perbuatan pasti ada balasan
lebih lebih lagi kepada orang tua. Syurga di tapak kaki ibu.
Kenapa perlu bongkak? Nak jadi Si Tenggang Millennium????

Aku rindu sangat pada bestfriend aku. Penelope.. Apa yang
telah kau buat sekarang? Mungkin kau baru bangun tidur?? atau ada kelas??
atau kau tolong jaga CC? Teringat detik kita bersama...
di tasik. kita bersama mencipta angan-angan dan impian.
Kita selalu gi Mines kan? kau ingat tak penelope? Kita pernah
pergi KLCC then kita pergi Petrosains. Sebenarnya, banyak yang
kita ingin lakukan tetapi kita masih belajar.. Tak sangka sudah
hampir 7 tahun ia berlalu. Penelope, aku sangat rindukan kau.
Aku tau keadaan takkan jadi semula seperti dulu dan kita
berubah kerana masa, budaya, agama dan geografi.Aku berjanji,
aku akan tunaikan janji aku untuk melawat kau. Ingat, kita
bestfriend forever......

Rindu pada Mann. Apalah dia buat sekarang... Nak call dia tapi takut dia tak angkat.
Nak bagi sms, tanya dia, dia buat apa. tapi dia mungkin tak balas.. aku pula
sakit hati yang tertunggu-tunggu. Mungkin dia sedang bergembira di hujung minggu
atau sedang bertarung atau menyelesaikan masalah dia sendiri. Aku sendiri pun tak tahu.
Aku memang sayang Mann, sayang sangat. tapi aku tau, dia bukan milik aku.
Dia ada kehidupan dia sendiri, impian dan kegembiraan sendiri dan
dia juga ada kesedihan sendiri..... berbeza dengan aku.. Sebenarnya aku
percaya pada hukum alam. kita tidak sempurna dan bukan setiap masa kita gembira.
Aku rasa, aku bukanlah perempuan yang layak bersama dengan lelaki yang menyayangi
aku setulus hati... cukuplah ia memenuhi tanggungjawab.....

siang tadi aku pegi Jusco, nak beli baju. hurm, hati aku memang
sakit... sakit sangat.. tiada saiz baju untuk aku pun... Aku mencari
seluar tapi tiada yang muat dengan aku. Memang aku gemuk. terlalu gemuk.
Aku mungkin boleh obesiti kalau berterusan begini. what to do???
Aku tau, aku sangat gemuk, dan aku bukanlah perempuan yang cantik.
mana mungkin ada orang sukakan aku... tambah lagi dengan perangai aku..
siapalah tahan??? mungkin dia malu jika duduk bersebelahan aku... hurm~~~~
kasihannya aku.... aku memang kasihan pada diri aku sendiri.....
i must do something....

Aku memang berlagak dan sentiasa meninggikan diri... jika lemah,
manusia akan mengambil kesempatan ke atas aku. memperolok aku... aku
benci diskriminasi!!!! aku benci kalau orang memandang rendah terhadapku...
aku suka jadi popular. Aku suka kesempurnaan. aku ingin jadi seorang puteri..
Aku ingin di sayangi semua orang,aku ingin jadi baik baik hati seperti Cinderella
dan ingin cantik seperti Snow white... tapi..mungkinkah terjadi???

Ya Allah, aku bermohon kepadaMU, permudahkanlah jalanku ini... Amin!

No comments: