Friday, June 30, 2006

~hari terakhir praktikal~

Hari ini hari terakhir aku praktikal. Seronoknya~~ yang aku tahu, markah praktikal aku tinggi. tapi aku tak dapat elaun. sedihnya~~ kak anisah dah cakap dengan boss tapi tiada apa feedback dari boss. kak anisah juga suruh stay lagi seminggu tapi boss buat derk jer..... mungkin boss tak nak tambah hutang dengan bayar gaji aku..

Sebenarnya company aku ni hampir nak bankrup. KONONNYA LAAHH!!!!!!!! terlalu banyak masalah. satu persatu pekerja disini dah berhenti kerana tak tahan tekanan.

Sebenarnya, aku macam berat hati nak tinggalkan kerja aku ni, sebab tiada orang yang takeover. Kak Nab pun dah berhenti. isk~~siapa nak handle kerja ni? aku sebenarnya nak boss upah aku lagi seminggu sebab minggu depan ada budak masuk. kan senang macamtuh, boleh aku ajar apa perlu buat. takdelah sia sia kerja aku selama ni.

Banyak aku belajar d sini. dari buta IT, aku kira cerdik IT. e-marketing beb!!! patutlah bos aku bertambah KAYA! hahahha...

Keadaan semakin tegang di sini. Kak Nab sibuk bagi email pada sasaran untuk business internet walaupun hari ni last day dia kerja. Kak Anisah dah dapat kerja di kampung dia. dia beri notis sebulan nak berhenti. Tapi kerja kak Anisah banyak gila. tak tahula sape nak cover kerja dia lepas nih. Kak Ruby pun dah tension gila.

eh, lagu ni. Misha Omar. lagu favourite Mann (x ingat lagu apa tapi ada ayat sentuhanmu yang pertama~~) hahaha.. tu lagu mann dengan gf lama dia. heheh.... macam sedih pula lagu ni.

isk... aku sambung lainkali ek blog nih. aku nak makan cendol dan makan kuaci.

No comments: