Monday, December 10, 2007

Wanita BeKERJAYA

Tak sangka, sebenarnya aku benar benar meningkat dewasa. Perubahan yang ketara dari semasa ke semasa. Menjadi seorang usahawan wanita bukannya mudah. Perlu banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit juga.

AKu tubuhkan sebuah koperasi.Koperasi Usahawan Siswazah Perdana Berhad, KOSPER nama singkatannya. Aku salah seorang board of director. Aku adalah Setiausaha kehormat. memegang jawatan ini sangat berat dan besar. lebih -lebih lagi director yang lain terdiri dari usahawan(dato' dan tan sri), proffesor2 dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi. layarilah laman webnya : http://www.kosperberhad.com/

Sekarang pun banyak projek yang aku dapat dan tak terlarat nak buat. aku terpaksa memilih projek yang benar2 memberi keuntungan dan berpotensi besar. projek lain pun bagus juga cuma aku beri kepada orang yang berminat.... aduh.. penatnya! dan banyak sangat kerja. Kdg2 aku letih sangat... networking punya pasal aku terpaksa juga berusaha demi masa depan!!!!

Aku bersyukur sangat-sangat sebab ada Mann dalam hidupku. dia adalah business advisor aku. Memang aku perlukan dia untuk menilai projek yang aku dapat dan kami memang buat sama sama demi kepentingan bersama.

Impian aku besar. Aku nak memberi impak kepada semua orang.. terutama usahawan melayu. aku xdelah mementingkan diri sangat. AKu juga boleh membantu perniagaan kecil dan sederhana untuk memperkembangkan perniagaan, tolong dari segi permohonan loan, management dan pasaran. Aku akan menjadi consultant. boleh je panggil aku sebab ada beberapa company kecil dan sederhana memerlukan pembaharuan....

Apa apa pun boleh contact aku!!!!

Doakan kejayaan aku!!

No comments: