Saturday, December 08, 2007

Aku kah yang terSILAP??

Sebenarnya aku keliru sekarang ni... adakah aku yang bermasalah atau orang disekelilingku?
Aku sebenarnya tak nak orang lain yang buat keputusan ke atas aku... untuk waktu ini aku xperlukan
pendapat mereka. boleh tak berikan aku ruang??

Bukan aku nak berlagak atau meninggi diri.. tapi beri aku nafas! beri aku sokongan bukannya halangan.
AKu boleh terus dengan arahan korang tapi hatiku akan 'mati'. Aku akan hidup susah dan terumbang ambing,
tapi jiwa aku 'hidup'. aku akan sentiasa berusaha!! dan lebih berusaha demi masa hadapan!

Semua orang akan gelakkan aku.. semua orang akan memperlekehkan aku.. sehingga tahap mereka yakin dan
mahu aku jatuh... KENAPA???? Kenapa harapkan begitu? sebab aku tekad? atau aku seperti "orang yang
hanya pandai cakap?"

atau mungkin aku benar benar silap? aku salah perhitungan? aku tersilap membuat keputusan. Aku tahu
banyak perkara perlu aku belajar. banyak perkara perlu aku lakukan.. tapi... inilah pengajaran ku..
belajar buat sendiri... aku juga perlukan job. tapi aku xmahu kerja yang buat aku mati.......

Ya ALLAH, tunjukkan jalan untukku!! Ya ALLAH, buka kan lah hati dan mata mereka! Ya ALLAH, permudahkanlah
jalan ku ini Ya ALLAH!

No comments: