Saturday, June 17, 2006

Penantian Yang Berakhir

semalam, memang moodku tak baik. hatiku memang hangat. Aku tengok tv, dengar radio, menulis, menconteng tapi perasaan ini tetap hadir.

Aku menghantar Acik Nurul ambil baju tempahan. Yati dan Seputet pun ikut juga. Selepas itu Acik Nurul cakap nak tengok Jusco yang baru di buka di TAman Equine. Aku tengok jalan jamme so aku ikut jalan lain semasa nak balik. Memang aku selalu jalan kat situ ketika aku dari tempat praktikal ke UKM. tetapi malam itu aku tersesat. Kami dah sampai ke Dengkil. Betapa jauh kami tersasar. hahahah... aku terpaksa patah balik jalan ke putrajaya. Jalan yang gelap dan menyeramkan setiap perjalanan kami. Kemudian kami melalui bandar Putrajaya yang indah dengan Neon.

Bila aku sampai rumah aku rasa tenang. Aku makan, tengok akademi fantasia dan tengok one in a million. Selepas tu aku masuk ke dalam bilik. Nak tidur. esok aku kerja.

Tapi tiba-tiba hatiku gundah semula. Hatiku sakit semula. Sakit sangat~ sampai aku tidak boleh nak buat apa..... Aku menangis macam orang gila. Badanku menggigil2 (ada faktor suhu bilik yang sejuk kerana adik aku ni panas) Aku berselubung dengan comforter tebal. Aku mengantuk sangat tapi aku tak boleh melelapkan mata. Memang hujanlah aku ketika itu...

Dan aku sms mann~~ Akhirnya aku dapat merentasi ',' (koma) dan padam segala '.' (noktah) agar kita dapat bermula yang baru....
I'm so sorry sayang~~~
Now, i realize... how deep I love u~~

By hook or by crook~ I will never let him go~~~ i'll promise!

No comments: