Monday, June 05, 2006

~mood tengah emotional~

Seseorang beri aku lagu Daniel Powter - Bad day.
Aku dengar lagu ini berulang-ulang.. aku rasa seperti dalam kemurungan.. aku seperti kehilangan sesuatu dalam hidup aku? aku terasa seperti ada yang kurang~~

Untuk beberapa hari ini, aku memang busy~ terlalu busy sehingga aku sangat letih, demam dan mata merah dan pedih. Setiap hari aku kerja namun aku terasa ianya seperti sia-sia. Pulangannya langsung tidak berbaloi~ Namun aku bersyukur kerana setakat itu rezeki aku.

Kadang-kadang aku melayan perasaan aku yang sunyi, kadang-kadang aku rasa bahagia tatkala mendengar lagu Pretty Ugly ~ diari seorang lelaki. Melodinya menarik membuat semangatku yang pudar menjadi teguh. Aku perlu membuat sesuatu di dalam hidupku~

AKu ingin 'lari dari rumah'
Jadi aku perlu kewangan yang mencukupi sebelum aku menghabis pengajian. i'll do any kind of partime job. Yang pasti aku dapat keluar dari kepompong ini. Aku nak bebas buat apa saja~ aku ingin hidup sendiri~ Aku ingin keseorangan tetapi aku tak ingin kesunyian~
so, I NEED MONEY~~~

Aku fikir, aku perlu bercuti namun aku tak pasti ingin bercuti di mana dan bila. Ini kerana aku bukannya ada kewangan yang mencukupi untuk kemana-mana walaupun hanya ke Port Dickson. ( terkilan dan sedih) tapi, takpe...... bukan sekarang rezeki aku~
Aku akan ingat sampai bila2 keadaan ini. Namun aku bersyukur sangat kerana aku tiada hutang...

No comments: