Thursday, June 15, 2006

aku kembali kerja~

Malam semalam setelah aku melalui malam yang memeritkan, aku terus terjaga.Aku mimpi ngeri mengenai Mann~ *sigh! Mimpi buat aku rasa sakit kepala sangat dan jantungku berdegup begitu kencang sehingga nak tercabut. Selepas itu badan aku menggigil kesejukan sehingga ke tulang. Rupanya bilik aku sejuk gila dengan suhu 18'celcius. gila. aku terus tarik comforter tebal menyelimuti badanku.

Argh! perut ku berbunyi. Betapa laparnya aku ketika ini. Baru aku teringat aku hanya makan nasi lemak pagi itu. then tak makan apa-apa. Aku rasa perutku masuk angin. Aku lihat jam di skrin hp. 4.00am. tiba2 perut ku sakit. akhirnya kerja aku ke toilet sehingga 7am.

Tengahhari semalam, aku g klinik. akhirnya doktor Lee (dr paling handsome pernah aku tgk) sahkan aku keracunan makanan dan terpaksa kena injection. Aku jadi takut dan taknak injection. doktor Lee cakap, kalau masih tak baik aku kena datang balik klinik.

akhirnya aku mc, tak datang kerja.

Hari ini aku datang kerja waktu tengahari sebab ari selasa aku dah mohon cuti sekerat hari pada hari ini. sebenarnya aku nak dak datang kolej bagi rayuan tukaran bilik. tapi, tak jadi pergi sebab perut aku masih sakit. Aku terpaksa berulang alik ke toilet pagi tadi. memang aku rasa letih, namun tengahari ini aku terpaksa kerja semula. niat di hati nak teruskan cuti memandangkan perut aku sakit. aku tidak boleh makan sikit pasti akan ke toilet.

arh!! susahnya. takpelaa.. kerja jugaklah.. lagi 2minggu lebih jer aku kerja. aku kena bertahan! yeah~

No comments: