Monday, June 19, 2006

Gathering budak pedeG


17 JUn 2006 Aku ada buat gathering budak sekolah aku. Aku buat promosi besar2an. herm.. tengoklaaa... berapa kerat je ader... berapa banyak aku bagi msg, email, siap telefon umah lagi. tapi.. HUH~~~
walau ape pun, xpelaa.. dapat juga jumpa diorang.. kami bercadang nak jumpa lagi pada tahun 2012. buat reunion 1 batch.

aku nak cerita mengenai seorang perempuan ni~ aku tak tahu kenapa aku selalu bandingkan dia dengan aku. kerana aku agak tahu background dia. Dia datang dari keluarga sempurna. kurus, tinggi, putih dan bolehlah di katakan lawa... Yang paling penting dia bijak. Setiap tahun dapat anugerah cemerlang. datang dari keluarga bahagia dan selesa. mampu memiliki apa saja. perangai di kategori memuaskan. Apa yang dia kurang???

Aku mendapati aku memang salah. Sering memikirkan kelemahan diri dan ingin memiliki apa saja ( tapi tidak dapat memenuhinya kerana tidak mampu ). Aku terasa, aku adalah hamba Allah yang tidak bersyukur. Astaghfirullah al' azim.

Memang aku miskin ketika ini, tapi ia akan berubah. AKu kena percaya pada diri sendiri. Aku banyak melaburkan duit kerana makan dan seterusnya aku menjadi gemuk. PADAN MUKA AKU!!! Aku kena jimat. Jangan mengikut nafsu.

Aku juga tidak boleh putus asa selepas kegagalan sem yang lalu. aku mesti berusaha kuat untuk sem hadapan. aku kena rajin. Aku mesti maju. Aku tidak boleh berdiam dia sahaja. Aku kena bangkit seterusnya membuat persiapan untuk masa akan datang. Insya-allah!!

Aku berjanji pada diri sendiri~~ Aku mesti berjaya. Berjanji untuk tabah dan cekal meniti titi yang panjang untuk ke seberang~~

Doakan kejayaan ku di dunia mahupun di akhirat!!

1 comment:

NoaShinoda said...

ya~
aku juga telah menghadirkan diri.

rerajin la msk ma blog juga~

trimass.