Friday, June 16, 2006

Adakah ia realiti atau sekadar fantasi???

lately, aku bagai hilang arah. aku rasa apa yang ku alami ini sejak hari isnin yang lalu. Aku berkhayal dengan sesuatu yang aku tidak pasti apa dia. aku sedang hanyut dengan perasaan yang resah dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Kadang-kadang aku tidak pasti, adakah apa yang aku lakukan atau yang berlaku ke atas aku adalah satu mimpi atau kenyataan. Aku tidak dapat membezakan yang mana satu betul dan yang mana satu salah.

Aku tidak dapat dapat pastikan apa yang aku lakukan. everything goes wrong. Apa yang aku lakukan tak seperti apa yang aku fikirkan. otakku berfikir secara tidak rasional.

hatiku tak tenteram. SAKIT~~ perasaanku bercampur baur. Bila aku marah, aku menjerit, bila dalam keramaian aku boleh menangis, bila memandu, pandanganku terus kabur. fikiran ku melayang-layang~

Aku tak ceria seperti selalu. Aku meniti hari yang penuh suram. Penuh dedebu di dalam mahligai kaca impianku. aku tak gembira!!!! Apa yang boleh buat hatiku berbunga semula?? Apa yang boleh aku buat untuk 'menghidupkan' aku semula??

Aku tak tahu apa yang aku fikirkan. yang aku tahu, aku penat macamni. mimpi ngeri menemani setiap malamku. pasti aku akan terjaga tengah malam dan kemudian seram sejuk bagai menanti kehidupan abadi. Apakah ini tanda-tanda pengakhiran hidupku?

kepalaku sentiasa sakit dan berdenyut-denyut. ada bahagian tertentu badanku lebam(aku tak tahu kenapa) Yang aku tau, badan aku lemah. Mengapa ya?

APAKAH MASALAH AKU SEBENARNYA??
APAKAH MASALAH AKU SEBENARNYA??
APAKAH MASALAH AKU SEBENARNYA??

aku pun tak tahu ~ dan masih mencari~~~

Dan aku akan terus mencari jawapan~~

kepada mak ayah aku~
mak, ayah, akak minta maaf sebab benda ini tetap menganggu akak. Maafkan akak kerana masih tak dapat mengawalnya. Terima kasih kerana sedia berusaha mencari penawar untuk akak. Yang pelik ia datang sekali sekala tetapi lama dan memberi kesan yang panjang.

kepada adik beradik aku~
aku minta maaf sebab aku selalu emotional

kepada mann sayang~
welcome to mylife. i'm sorry~~ apa yang ku lakukan tidak seperti apa yang kufikirkan dan apa yang ku inginkan. Dan aku dapat rasakan kau mula mengerti apa yang terjadi pada aku.

kepada kawan2ku yang pernah melihat saat 'kematianku' terutamanya mieja,
i'm sorry. ia masih menghantui aku. maafkan aku kerana menakutkanmu.

kepada kawan2ku yang baru mengenaliku,
usah takut~ ia hanya seketika. aku akan kembali normal.

Salam Semanis Senyumanku,
Haslina Mohd Nor

No comments: