Monday, June 26, 2006

~Ku Bahagia~

Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang, seolah olah bunga-bunga ceria sedang mekar di dalam hati. tiada kesedihan lalu, tiada tangisan dan kepiluan, yang ada hanyalah pelangi indah di petang hari.

Honestly, aku gembira dengan mann, (amboi2 sejak dah keluar dengan dia tempoh hari setelah hampir 2 bulan tidak jumpa) Aku tidak pernah jemu jumpa dan keluar bersamanya setiap hari. Aku tidak pernah rasa bosan walau sesaat bila berada di sebelahnya...... tapi, dia selalu kutuk aku juga!!! isk3~~ ntahlaa.... apa yang aku nak cakapkan, aku tak amik pusing apa dia cakap..

Adik aku lepasan SPM ( Yati) dah masuk kolej lagenda di Mantin N9. adik aku lepasan stpm ( Linda) masih tunggu proses masuk rayuan upu. kalau tidak mesti linda masuk kolej swasta. erm, nampaknya adik beradik aku ramailaa masuk kolej swasta. Abg aku yang pertama (zaki) masuk olympia college di bawah stamford college (yuran dia YA ALLAH mahal gila. abg aku pula takbuat pinjaman, Dia belum habis lagi, tunggu nak grade degree tahun depan kot tapi dah bekerja). Abg aku no 2 (Abu) masuk politeknik kota bharu dan dah kerja dengan bapa aku. erm~~ aku tak tahula nasib aku macammane nanti..

AKu bersyukur kerana jalan di depanku terbentang di depan mata, cuma aku yang perlu berusaha dengan lebih gigih menempuhinya. Aku bersyukur kerana walaupun aku miskin, tiada harta, dan 'kosong' namun aku tiada hutang yang membebankan aku. Ini bermakna aku bebas.

Hari jumaat ini, hari terakhir aku praktikal. wah~~ seronoknya!! Lepasni, aku boleh bangun lewat. Memang aku penat gila. keje siang malam, everyday, tapi... tiada apa ku dapat hanya PENAT. tapi bapa aku suh aku berhenti kerja di Q art. ala~~ ia akan membawa problem kepada aku nanti. Sebenarnya aku tak pasti nak berhenti atau tidak... tapi, kalau aku berhenti aku takut tak mampu nak sara yuran music. tapi sebenarnya kalau aku jimat dan minta sedikit duit ayah, tapi aku segan sebab dah minta banyak duit. lagipun adik-adik aku lebih memerlukan duit ayah memandangkan mereka dah masuk kolej. Jadi, aku kena control nafsu, OK??

Walau apa pun yang berlaku, aku tetap teruskan kelas music aku. itu yang aku nak. aku bertekad, so terpaksa aku kena slowtalk cakap dengan ayah nak kerja. lagipun kerja hari ahad je, bukannya setiap hari. tapi ayah aku tak bagi... isk runsing aku. tapi aku dah cakap dengan boss nak berhenti kerja. bagus juga tak kerja sebab aku takde life hari ahad. gaji pula sikit.ok. nantilaahh.. tengok situasi nanti. baru confirm nak terus kerja atau tidak. hm~~ susah susah sangat minta je ayah atau emak duit bayar kelas music. yang pasti aku tak boleh quit!! hahhaha. kan senang!!! isk, anak durhaka betul. ala, bapak aku kan suruh berhenti kerja!!!

takpe2, nanti aku study rajin2 dan kerja kuat. nanti aku mesti bayar balik budi mak dan bapa aku ek... lagi setahun jer kena tanggung aku. okey???? i love you most!!

No comments: