Tuesday, June 20, 2006

aku~koma~

Hari ni aku tak sihat. aku dah rasa lain macam dari malam tadi. badan aku menggigil kesejukan di dalam manakala luaran panas.dan tekakku sangat perit. Aku batuk2 kering. Aku juga dah terasa darah kat tekakku. kepalaku berpinar. Aku ingat aku tak nak kerja hari ini. lagipun hujan lebat subuh tadi sehingga lewat pagi. Tapi aku gagahkan diri juga bekerja hari ni. Nak pergi klinik ambil MC melibatkan kos pula. Aku ni dahlah bekerja tanpa gaji...

Esok pensyarah aku nak datang melawat aku. erm~ tak tahulah macammana nanti.

Tempat aku kerja ni, semua orang nak berhenti kerja sebab bos aku. Aku dengar banyak masalah kat sini. Kak Nab dan Yus memang dah banyak kali interview cari kerja lain. Kak Nab confirm berhenti hujung bulan ni. Kak Anisah dan Kak Ruby pun marah juga. NAk berhenti kerja sebab bos bayar half gaji. Mengamukla mereka. Gaji dah la seciput. Bos cakap Kak Anisah dan kami tak buat kerja. Hal ni memang aku marah. Aku buat banyak bersama mereka. Nak buat macammana?? Memang agak tension tapi aku kena bertahan. Aku disini lagi 1 minggu lebih.

Keadaan menjadi sunyi sepi di office. kalau ikut badan, aku memang tak larat. Aku tak lunch hari ni sebab takde sape pergi lunch. Selalunya aku akan lunch dengan Kak Nab tapi dia cuti hari ni pula.

Hari ni sementara aku extract email dari MSC company, aku cuba buat skit2 edit friendster page. adalah berjaya sedikit. Dapatlah ilmu sikit untuk buat webpad ni.

Aku juga cari macammana nak buat rayuan untuk adik aku dan aku juga cari mana kolej universiti swasta yang dia boleh masuk. kesian dia, result dia bukanlah teruk sangat tapi tiada rezeki mungkin. Seboleh mungkin aku nak menolong dia. dia tu hanya muda setahun je dari aku dan dia selalu tidak sihat. cuti ni dia duduk kampung, tapi semalam bapa aku telefon adik aku balik rumah segera. Semoga adik aku success!!

No comments: