Thursday, June 08, 2006

pelancongan~

sudah lama aku tak bersiar2. rindu pada keindahan semula jadi. aku sangat suka pantai~ kalau boleh aku nak bina sebuah rumah di tepi pantai. kali terakhir aku tengok pantai di Port Dickson seminggu selepas tsunami. namun keadaan PD sedih. tercemar. sebenarnya kejadian tsunami sedikit sebanyak memberi kesan kepada ku. aku takut ke pantai lagi sebab tsunami. ala~ masa g PD hari tuh, family aku nak sangat mandi laut. tapi aku berkeras tak nak. So, aku hanya duduk kat pondok bersama laptop siapkan skrip teater aku.

Sejak akhir-akhir ni aku mula merindui pantai walaupun aku agak phobia dengan pantai. mungkin selepas aku banyak membaca tentang laut dan menonton rancangan TV mengenai hidupan akutik di laut serta kedamaian pantai.. argh! aku rindu. aku nak pergi pantai yang cantik di Malaysia sebab selain PD aku jarang ke mana-mana pantai. oh yer, aku pernah ke Mersing, masa rombongan PERMAJ. Fuh! cantik gila pemandangan tuh.

So, nanti sem depan, aku nak cari kerja partime, so aku dapatla pergi ke tempat aku nak pergi~
nak pergi tempat-tempat yang bermakna. that's okey kalau aku pergi sorang2 asalkan aku gembira. yeah!!!

No comments: