Monday, June 12, 2006

~~kemurungan~~

hari ini, mood aku memang tak baik. aku rasa sedih sangat2. rasa macam nak berkurung dan menangis banyak~ aku tak tahu kenapa aku terlalu emotional~ AKu terpaksa juga melalui hari ini. aku masih praktikal. pagi tadi~ aku lihat result aku. teruk juga~ mungkin kerana itu buat aku nak menangis. namun aku tahan supaya aku tak mengalirkan airmata. nanti gempak plak ofis nih tau aku nangis,

perasaan ini macam syahdu, seolah2 putus cinta. mungkin aku dalam keadaan putus asa sekarang ni... ini bukan bermakna aku akan putus selamanya, aku cuba berfikir, di mana silapku? di manakah kekurangan aku? mengapa aku harus mengalami perasaan ini? hati aku sangat sakit~ pedih~~ aku tak berdaya..

aku ingin berehat, mungkin aku terlalu letih. 1 minggu ni, aku kerja direct everyday siang malam namun tiada apa pulangan yang aku dapat. yang ada hanyalah kekecewaan~

kekecewaan pada diri sendiri adalah kekecewaan yang paling teruk~

aku perlu kuat! aku mesti kuat! aku boleh mengharungi semua ini~ mungkin ini adalah perasaan yang hadir untuk mengajar aku~ mengajar erti kehidupan sebenar~

tapi kenapa perluku gugurkan air mataku? mengapa? hahaha.. aku gila~~~~

Seseorang beriku lagi ini, dari spider - Jangan kau berputus asa.
Aku rasa lagu ini sesuai dengan keadaan aku sekarang. seolah2 melodi ini mengikut irama hati dan lirik lagu bagai menyuarakan hasrat hati. aku dengar lagu ini berulang ulang dan terus berulang.. berulang.... thanks ye Yus, ( ofismate aku masa aku praktikal yang selalu buzzz aku ketika aku busy buat kerja)


Gerbang mu terbuka mencabar ku
Melangkah menurut rasa rindu
Biar pun nanti antara kita
Ada yang mungkin terkorban
Biar pun nanti kita terhukum
Kerana melanggar kebiasaan
Cinta tak pandang
Tak kira siapa
Ia kan mencuba
Selagi mana pencinta
Terdaya menahannya
Dia akan dicuba

Sebelum gugur tercalar jiwa parah
Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa
Jangan kau berputus asa

Nada mu menangis menduga ku
Dekati dirimu yang ku rindu
Biarpun nanti antara kita
Ada yang mungkin menyesal
Biarpun nanti kita terpaksa
Membayar harga yang tak setimpal

No comments: